Saturday, December 12, 2009

Lagi Masjid Baru Bocor

Friday, 11 December 2009 12:32 Editor

DUNGUN – Umpama satu ‘bala’ yang menimpa rakyat Terengganu, kebanyakkan masjid yang dibina pada zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh mengalami kerosakan.
Bukan hanya masjid-masjid kecil, namun masjid-masjid ‘gah’ yang dibina termasuk masjid Hadhari di Jerteh dan Masjid Kristal di Pulau Wan Man, yang bernilai jutaan ringgit juga bocor.

Terbaru, sebuah masjid baru setahun siap dibina di Sura Jetty di sini, turut didapai mengalami kebocoran.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid An Naim, Mohd Zaki Salleh, berkata masalah kebocoran bermula semenjak tiga bulan yang lepas, keadaan menjadi lebih serius apabila hujan turun dengan lebih-lebih lagi di musim banjir sebegini yang menyebabkan karpet dan dinding menjadi basah dan hapak.

“Apa yang lebih membimbangkan dinding berdekatan fius utama yang terletak di ruangan solat wanita turut basah, perkara yang tidak diingini boleh berlaku bila-bila masa jika kebocoran di kawasan tersebut tidak dibaiki segera,” katanya yang turut kesal dengan sikap pihak kontraktor terbabit yang melengahkan kerja membaik pulih kebocoran walaupun beberapa kali aduan dibuat sejak beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata bimbang dengan keselamatan ahli jemah kipas dan plug dinding di bahagian yang terlibat tidak digunakan bagi mengelak berlaku litar pintas namun begitu beliau bimbang dengan keselamatan ahli jemaah dari luar yang singgah bersembahyang di masjid berkenaan tidak perasan keadaan tersebut.

Muda Mat, 57, berkata bahagian sisi sebelah kanan masjid basah teruk hingga dua baldi air semalaman.

‘Dengan hujan yang lebat berterusan di musim tengkujuh sebegini, keselesaan ahli qarih masjid dan pengunjung luar yang sentiasa singgah bersembahyang turut terganggu.

Selain itu ruangan masjid yang bersetentang dengan kubah turut dibasahi hujan, terdapat beberapa besen dan baldi diletakkan ahli masjid untuk menakung air hujan.

Menurut beliau lagi keadaan lebih bermasalah bila tiba waktu solat jumaat dan agak memalukan apabila ahli jemaah yang singgah menunaikan solat jumaat mempersoalkan mengapa masjid yang baru, mengalami masalah sebegini rupa.

“Ahli jemaah yang bersolat di bahagian tersebut terpaksa dibasahi hujan dan yang lebih menyedih dan memalukan, kebanyakan mereka adalah orang luar yang yang singgah bersembahyang Jumaat di sini setelah menghantar anak ke sekolah IMTIAZ dan Uitm Cawangan Dungun di sini ataupun berkunjung ke bandar Dungun dan pantai Teluk Lipat yang hanya satu kilometer dari sini,” katanya.

Sumber : http://disekitardungun.blogspot.com/2009/12/masjid-naim.html

No comments:

Post a Comment