Sunat sebelum meminag seorang itu memandang perempuan yang hendak dijadikan isteri walau pun ketiadaan izinnya, kerana memada dengan izin syarak serta beberapa syarat
ii. lihat pada muka dan dua tangannya sahaja.
iii. Semasa melihat ada serta perempuan walinya.
Harus mengulang lihat perempuan yang hendak dipinang atau yang telah menjadi tunang.
Haram lelaki baligh melihat perempuan ajanabi (bukan mahram) yang merdeka yang telah besar yakni yang telah sampai had sahwat samaada takut fitnah atau tiada.
Tidak haram melihat perempuan pada cermin jika tidak takut fitnah
Tidak haram mendengar suara jika tidak takut fitnah tetapi makruh.
Tiap-tiap yang haram lihat ketika berhubung haram lihat ketika bercerai seperti kuku perempuan, rambut perempuan, bulu ari-ari lelaki dan perempuan dan lain
Tiap-tiap haram melihat haram menyentuh samaada berhubung atau bercerai, kerana menyentuh terlebih bersangatan membawa kepada keinginan daripada melihat.
harus memandang kepada kanak-kanak perempuan yang belum sampai had sahwat melainkan farajnya.
Memandang perempuan kepada lelaki ajanabi (mahram) sama hukumnya memandang lelaki kepada perempuan ajanabi.
Tujuh keadan lelaki memandang perempuan
Haram bagi lelaki memandang perempuan yang bukan mahramnya.
Harus bagi lelaki memandang isteri atau hambanya yang tidak berkahwin pada seluruh angota melainkan farajnya, adapun memandang faraj keduanya makruh.
Harus bagi lelaki memandang mahram atau hambanya yang telah berkahwin pada sekelian tubuh melainkan antara pusat dan lutut.
Harus bagi lelaki memandang bukan mahram kerana hendak dijadikan isteri pada muka dan dua tapak tangan.
Melihat kerana mengubati harus memandang pada tempat yang hendak diubati sahaja.
Harus memandang muka sahaja kerana penyaksian dan muamalat seperti jual beli.
Harus memandang seluruh tubuh hamba melainkan antara pusat dan lutut ketika hendak membelinya.
i. diharapkan terima pinangannya.
Salam..firman Allah dlm surah Al-Baqarah,ayat 235
ReplyDelete"Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar"