Wednesday, November 30, 2011

Akibat Tolak Hukum Islam ..



Peristiwa ini berlaku di sebuah Restoran mamak di Selangor , awas pesekitaran anda .. adakah anda selamat..? Malaysia perlu melaksanakan Hudud kerana jenayah semakin menjadi-jadi

Tuesday, November 22, 2011

Garuda Muda ‘Diterkam’ Harimau Muda Malaya - Laporan Jakartapress.com

Jakartapress.com – Impian menjadi juara dalam Final sepakbola Sea Games XXVI kandas. Garuda Muda harus menunda lagi kemenangan setelah kalah lewat adu pinalti dari Harimau Muda Malaya.
Di menit-menit awal Indonesia sudah melakukan tekanan terhadap Malaysia. Bahkan Indonesia unggul lebih dulu lewat gol Gunawan Dwi Cahyo pada menit kedua. Dari tengah kotak penalti, ia menanduk bola hasil sepak pojok Okto Maniani, masuk sudut kanan atas gawang Che Mat Khairul Fahmi.
Malaysia menyamakan kedudukan pada menit ke-35, melalui gol Omar Mohamad Asrarudin. Sambil menjatuhkan diri, ia menanduk umpan silang Bakhtiar Baddrol masuk sudutu kanan bawah gawang Kurnia Meiga.
Sejak menit awal Indonesia secara intens terus melakukan tekanan ke jantung pertahanan Malaysia. Andik Vermansyah memberikan kejutan kepada kiper Malaysia Khairul Fahmi dengan syuting keras dari luar kotak pinalti.
Dua menit kemudian, tembakan Tibo yang memanfaatkan umpan silang Hasyim Kipuw berhasil diredam Fahmi. Berikutnya sepakan Patrich Wanggai ke arah gawang lawan membentur pemain belakang Malaysia dan membuahkan sepak pojok.
Sepak pojok Okto Maniani melambung deras yang disambar sundulan Gunawan Dwi Cahyo langsung menggetarkan jala gawang Fahmi. GBK yang sudah riuh semakin bergemuruh. Di menit ke-5 Indonesia unggul 1-0.
Tertinggal satu gol, Malaysia mencoba membalas. Di menit ke -12 sebuah umpan silang melesat dari kaki Bachtiar Baddrol ke kotak penalti Indonesia dan disundul Mohamad Asrarudin Omar, untungnya Kurnia Meiga sigap menepis.
Gol yang diciptakan Tiba di menit ke-16 saat dianulir wasit lantaran pemain asal Papua itu terperangkap off side.
Di menit ke -35, setelah melakukan beberapa kali serangan gencar, akhirnya Harimau Muda Malaya berhasil menyamakan kedudukan menjadi 1-1. Terciptanya gol balasan itu diawali usaha Baddrol yang mampu mencuri bola dari Mahadirga Lasut.
Kapten Malaysia itu melesatkan umpan matang ke arah Mohamad Asrarudin Omar yang langsung menyundul bola dengan menjatuhkan dirinya. Bola melenggang di sudut gawang tak terjangkau Kurnia Meiga.
Perpanjangan Waktu
Pada leg kedua di menit ke-47, Indonesia menciptakan ancaman, berupa tendangan bebas Egi Melgiansyah langsung ke gawang lawan. Namun, tembakannya bisa ditangkap Fahmi.
Tibo Cs kembali mendapat peluang pada menit ke-60. Setelah mengontrol umpan Tibo dengan dada, Wanggai berusaha menembakkan bola. Namun, gerakannya Fahmi lebih cepat.
Garuda Muda dan Harimau Muda Malaya terus saling serang dan berusaha mencetak gol kemenangan. Namun, mereka sama-sama gagal melakukannya, sampai peluit berbunyi panjang.
Pada babak tambahan, Indonesia mampu menekan Malaysia, terutama pada babak tambahan kedua. Setidaknya, ada tiga peluang yang diciptakan, tetapi gagal membuahkan gol. Hingga babak tambahn berakhir posisi tetap sama, penentuan juara dilakuakn melalui adu pinalti
Tibo mendapat giliran pertama sebagai algojo timnas Indonesia. Syuting Tibo masuk sudut kiri bawah gawang. Meskipun Fahmi bergerak ke arah yang benar, tetapi kalah cepat. Eksekutor pertama Malaysia adalah Jasuli Mahali, bola masuk sudut kiri atas gawang. Sementara Meiga melesat ke arah kanan.
Tembakan Gunawan Dwi Cahyo sebagai algojo kedua membentur membentur tiang kanan gawang. Malaysia unggul 1-2 setelah bola tendangan Othman Mohamad Fandi mengetarkan jala gawan Meiga, posisi 1-2
Selanjutnya Egi Melgiansyah mencetak gol setelah mengecoh Famhi menjatuhkan diri ke sisi kiri. Meiga berhasil menahan laju bola sepakan Saarani Ahmad Fakri sehingga posisi 2-2
Gol Abdulrahman di samakan Fadhli, posisi menjadi 3-3. Seisi GBK terkesima begitu syutingan Ferdinand Sinaga berhasil diblok Fahmi. Dan Bachtiar Baddrol sebagai eksekutor terakhir sekaligus penentu kemenangan Malaysia sukses menjebol gawang Meiga. Indonesia kalah adu pinalti dengan skor 4-3.
Indonesia: 1-Kurnia Meiga, 15-Hasim Kipuw, 13-Gunawan Dwi Cahyo, 28-Abdulrahman, 24-Diego Michels, 8-Egi Melgiansyah, 6-Mahardiga Lasut, 21-Andik Vermansyah, 10-Oktovianus Maniani, 25-Titus Bonai, 27-Patrich Wanggai
Malaysia: 1-Che Mat Khairul Fahmi, 2-Jasuli Mahali, 3-Mohamad Azmi, 4-Mohamad Shas, 13-Saarani Ahmad Fahkri, 6-Omar Mohamad Asrarudin, 7-Fazail Mohamad Irfan, 24-Ahmad Mohamad Muslim, 10-Bakhtiar Baddrol, 11-G. Kandasamy Gurusamy, 9-Ambumamee Thamil Arasu. [ndy/fu]

Rekaman Penalti Indonesia Vs Malaysia

Pemain Malaysia memberikan semangat kepada pemain U23 Indonesia usai pertandingan final SEA Games XXVI di Stadion Gelora Bung Karno, Jakarta Pusat, Senin (21/11/2011). Malaysia mengalahkan Indonesia lewat adu penalti dengan skor 5-4, setelah bermain imbang 1-1 selama dua babak waktu normal.
JAKARTA, KOMPAS.com — Indonesia harus mengakui kemenangan Malaysia dalam final cabang sepak bola SEA Games XXVI di Stadion Gelora Bung Karno, Senin (21/11/2011). Dua tendangan Indonesia gagal, sedangkan Malaysia hanya gagal sekali. Indonesia pun kalah 3-4 dalam adu penalti.
Dalam segi penyelamatan, kiper Malaysia, Che Mat Khairul Fahmi, juga lebih baik. Ia melakukan satu kali penyelamatan, sama halnya dengan kiper Indonesia, Kurnia Meiga, tetapi lebih sering tepat dalam antisipasi. Berikut rekaman adu penalti Indonesia versus Malaysia.
Indonesia
1. Titus Bonai - Tendangannya ke arah kanan. Meski terantisipasi oleh kiper Malaysia, tapi bolanya menjadi gol (1-0).
2. Gunawan Dwi Cahyo - Bola tendangannya ke arah kiri. Gagal dihalau Fahmi, tapi bola membentur tiang gawang dan gagal meraih gol (1-1).
3. Egi Melgiansyah - Bola tendangannya mengarah ke kiri, gol dan salah diantisipasi oleh Fahmi (2-2).
4. Abdulrahman - Bola tendangannya mengarah ke tengah dan gol, gagal terantisipasi oleh Fahmi (3-2).
5. Ferdinand Sinaga - Bola tendangannya mengarah ke kiri dengan lemah, terantisipasi Fahmi yang kemudian membloknya (3-3).
Malaysia
1. Mahali Jasuli - Bola tendangannya mengarah ke kanan agak ke atas dan gol, gagal terantisipasi oleh Kurnia Meiga (1-1).
2. Fandi Othman Mohamad - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol. Kurnia Meiga gagal mengantisipasi (1-2).
3. Ahmad Fakhri Saarani - Bola tendangannya terblok oleh Kurnia Meiga, gagal (2-2).
4. Fadli Mohamad Shas - Bola tendangannya mengarah ke kiri dan gol (3-3).
5. Baddrol Bachtiar - Bola tendangannya mengarah ke tengah dan sempat diblok Kurnia Meiga, tetapi tetap masuk dan gol ini memastikan kemenangan Malaysia (4-3).

Pingat Emas Milik Harimau Muda Malaysia.

Taniah..!!! Taniah..!!! Harimau muda Malaysia yang mampu tundukan ego Garuda muda dengan tendangan panalti 4-3 . Khairu Fahmi menjadi hero dengan mengagalkan tendangan panalti dari garuda muda indonesia.



Kita telah memastikan pingat emas bola sepak tidak jatuh ketangan negara lain.....

Yang Tidak Enak Untuk Kita Dengar - Dua penyokong Garuda Muda Terkorban ..?

Adakalanya kita gembira , takala ada yang menjadi korban dalam kegembiraan menghayati sukan bola sepak nampaknya berdepan bencana dan musibah ... di khabarkan 2 orang terkorban manakala puluhan yang lain cedera apa bila penyokong-penyokong garuda muda bersesak-sesak ketika ingin memasuki stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK).

Satu jenazah dikenalpasti sebagai bernama Reno (20) warga Cililitan, Jakarta Timur. dan satu lagi belum dikenal pasti.
dalam kegairahan ada musibah...

Sunday, November 20, 2011

Malaysia, Indonesia berentap lagi

JAKARTA - Jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-85 membawa skuad Harimau Muda ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI buat kali kedua berturut-turut apabila mengalahkan Myanmar 1-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
Jaringan berharga yang memastikan Malaysia berada pada landasan untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu bermula dengan hantaran silang Izzaq Faris Ramlan, yang kemudiannya disudahi Ahmad Fakri menerusi rembatan yang menewaskan penjaga gol Myanmar, Thihasthu.
Malaysia akan berdepan kegilaan 100,000 penyokong tuan rumah sekali lagi pada perlawanan akhir esok selepas Indonesia menewaskan Vietnam 2-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir hasil jaringan dua Patrich Wanggai dan Titus Bonai.
Pada perlawanan akhir Isnin ini, Malaysia yang sudah kehilangan khidmat Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria berkemungkinan terpaksa berjuang tanpa kelibat penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris yang terpaksa dikeluarkan pada minit terakhir perlawanan kerana kecederaan lutut.
Walaupun begitu, kem Malaysia mungkin sedikit lega kerana ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar yang memperoleh kad kuning pada perlawanan semalam masih boleh diturunkan kerana kad kuning yang dikutip semasa bertemu Indonesia tidak diambil kira kerana melibatkan saingan peringkat kumpulan.
Mengulas kemenangan semalam, jurulatih Ong Kim Swee berkata, pemain tidak beraksi dengan baik pada babak pertama disebabkan keletihan kerana hanya berehat sehari selepas perlawanan separuh akhir menentang Indonesia Khamis lalu, yang menyaksikan Malaysia menang 1-0.
"Namun, kami bangkit pada babak kedua dan meningkatkan asakan sehingga akhirnya dapat menjaringkan gol.
"Jaringan Ahmad Fakri memang amat bermakna, bukan sahaja disebabkan ia menjadi gol kemenangan kami, tetapi saya memang sudah menduga dia mampu meledak gol pada perlawanan hari ini.
"Ini kerana dia sudah lama tidak beraksi di pentas antarabangsa dan dia pastinya mahu membuktikan sesuatu. Saya gembira kerana hari ini dia akhirnya membuktikan dia masih berbisa," kata Kim Swee pada sidang akhbar.
Selain gembira dengan kemenangan Malaysia, isu Kim Swee tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat komunikasi untuk memberi arahan kepada pemain menerusi pembantunya, Hassan Sazali turut menghangatkan sidang akhbar semalam.
"Saya tidak dibenar menggunakan sebarang alat komunikasi untuk memberi arahan kepada pemain melalui Hassan.
''Akibatnya, saya terpaksa memberi arahan kepada Hassan dengan cara menulis arahan tersebut di atas kertas. Nota yang saya tulis itu diserahkan melalui tukang urut pasukan, Zaidi Latip kepada Hassan.
"Begitulah cara saya memberi arahan kepada pemain menerusi Hassan di sepanjang perlawanan," katanya.
Rasa marah Kim Swee semakin memuncak apabila selepas perlawanan, dia tidak dibenarkan berjumpa pemain di padang apabila langkahnya disekat oleh pengawal keselamatan bertugas.
"Saya mahukan jawapan mengapa saya diperlakukan sebegini rupa," katanya. - Utusan

Friday, November 18, 2011

Sikap Keterlaluan Penyokong Indonesia Yang Ketinggalan Sejarah Nusantara..

Lawan Malaysia, Suporter Indonesia Pakai Batik
Jakartapress.com - Para suporter sepak bola Indonesia akan mengenakan batik pada babak penyisihan terakhir SEA Games 2011 antara Tim Nasional Indonesia U-23 melawan Timnas Malaysia U-23, Kamis (16/11).
"Kami sudah rencana akan memakai batik, selain itu kami juga membuat spanduk atas nama sekolah kami," kata Rival Aditya (17), murid SMA 25 Jakarta, Rabu.
Ia mengaku ide tersebut merupakan inisiatifnya dan teman-temannya. "Apalagi ini kan lawan Malaysia, pasti seru dan kami mau menunjukkan batik itu produk Indonesia," ujar Risnandar yang jugamurid SMA 25 Jakarta itu.
Rival beserta teman-temannya sudah mengantri tiket sejak 08.00 dan baru mendapatkan tiket pada pukul 12.30. "Kamimau beli 40 tiket, tapi baru dapat 14 tiket, jadi besok mau antre tiket box," tambah Rival.
Sementara itu, warga asal Tanjung Priok, Agus Supriyadi, juga berencana akan memakai batik karena adanya pesan "broadcast" (pesan masal) di BlackBerry Messenger (BBM). Ia yang sudah antre sejak pukul 10.00 itu mengatakan, ide memakai batik merupakan ide yang bagus.
"Kalau bisa besok kita menyanyikan lagu-lagu yang selama ini di klaim Malaysia," kata Agus sambil menunjukkan isi broadcast BBM-nya. Begitu juga dengan Mulyana asal Bekasi yang sudah antre sejak pukul 08.00 pagi.
Ia membeli 50 tiket dan juga berniat akan memakai batik saat menonton pertandingan Indonesia lawan Malaysia, besok (16/11). "Mudah-mudahan menang. Tapi saya optimis timnas U-23 bisa unggul," katanya.
Tiket voucher untuk pertandingan besok dijual dengan berbagai macam harga. Kategori 1 seharga Rp150 ribu, kategori 2 Rp100 ribu, kategori 3 Rp50 ribu dan kategori 4 dijual Rp25 ribu. Satu pembeli harus menunjukkan kartu identitas dan maksimal membeli dua tiket voucher. [dhik/fu]

Hudud: Kedah tunggu Kelantan laksana

ALOR SETAR, 17 Nov ― Kerajaan Kedah akan menunggu Kelantan melaksanakan undang-undang hudud terlebih dahulu sebelum melaksanakannya, demikian Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Rasul berkata mereka mahu melihat kejayaan pelaksanaan undang-undang itu di Kelantan ia telah diluluskan di negeri itu.
“Kelantan dah luluskan Enakmen Jenayah Syariah dan menunggu kebenaran kerajaan pusat. Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan Rang Undang-Undang Peruntukan 2012 oleh Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata undang-undang Islam adalah satu kewajipan terhadap umatnya dan perkara itu tidak sepatutnya dipermainkan oleh mana-mana pihak.
“Apa yang berlaku di Kelantan adalah masalah pelaksanaan. Kalau Kelantan boleh melaksanakannya, ia boleh berjalan dengan baik,” katanya dipetik Bernama Online.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Datuk Amiruddin Hamzah berkata Kulim Hi-Tech Park masih mampu menarik pelaburan, walaupun terpaksa bersaing dengan beberapa kawasan perindustrian baru terutama Senai Industrial Park.
Beliau berkata beberapa syarikat telah membesarkan operasi mereka dan menambah pelaburan di kawasan itu.
“Kadar penyewaan tanah di kawasan itu meningkat daripada 59 peratus tahun lepas kepada 88 peratus tahun ini. Ini menunjukkan Kulim Hi-Tech Park masih ada tarikan kepada pelabur,” katanya.
Amiruddin berkata bagi tempoh 2008 hingga 2011, dalam keadaan terpaksa bersaing hebat dengan kawasan industri lain, jumlah tanah yang dimasuki pelabur adalah 35.2 hektar berbanding 2004 hingga 2007 iaitu sebanyak 42.8 hektar.
“Dalam misi pelaburan, Kulim Hi-Tech Park berbelanja secara berhemah. Dakwaan satu misi perdagangan Kulim Hi-Tech Park sampai RM1 juta adalah tidak benar,” katanya.

Wednesday, November 16, 2011

Yang Berhormat Sila Jawab...

Takan jawab je kot..., mana tindakannya ... Rakyat didahulukan lah katakan..
Patut laa... Negara kita banyak hutang...!

Hahahaha...

Macam langgau laa.... hancur... macam ni..

Tuesday, November 15, 2011

Perbahasan Di Sidang Parlimen 15/11/2011


Sapa buat kerja , dan sapa dikerja..........

Karenah Birokrasi , Kalau Tak Dapat .., Tak Mau Kasi....

Apa pasal payah sangat nak laksanakan pengunaan dakwat kekal pada PRU nanti sehinggakan mahu di pinda pelembagaan ... Pemimpin kita masih dunggu ke lembab tak mahu berdaya saing dengan lebih maju, adil dan saksama .... sampaikan hak untuk menentukan keadilan dalam pilihan raya pun susah nak di fikirkan terpaksa penda perlembagaan sekiranya nak dilaksanakan ..., banyak sangat karenah birokrasi , tak dapat , tak mau kasi... hahahaha


Sikap yang sangat keterlaluan yang mementingkan diri dan parti tidak membantu untuk kita membina negara lebih maju dan lebih adil .. macam mana negara boleh bersaing dengan negara lain yang mampu berubah dalam semua hal ...


Ikuti laporan Harakahdaily....

Dakwat kekal: Pakatan akan sokong pindaan perlembagaan

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan komitmen akan memberi sokongan penuh kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan dakwat kekal digunakan pada pilihan raya umum nanti."Bagi memastikan pindaan tersebut dapat dilakukan, kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat bersetuju memberi sokongan jika ia memerlukan undi 2/3 di dalam Dewan Rakyat," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini.Menurut beliau, dengan komitmen yang dizahirkan Pakatan Rakyat itu, beliau mahu kerajaan terus berdolak dalih lagi dalam menyegerakan hal tersebut untuk dibawa ke parlimen.Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara menggemukakan draf berhubung pindaan perlembaagaan itu agar dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini."Sebelum ini kenyataan Peguam Negara mengatakan penggunaan dakwat kekal hanya dapat dilakukan jika ada pindaan dalam Perlembagaan walaupun secara umum ramai pengamal media tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut."Walaupun apa jua kenyataan kita tetap mengganggap ia sebagai elak atau dalih Peguam Negara untuk melambatkan proses ini. Saya ingin nyatakan Majlis Pakatan Rakyat bersedia terima kenyataan tersebut dengan syarat ia dilakukan segera," jelasnya merujuk kepada kenyataan Peguam Negara pada tahun 2008.Turut serta pada sidang media itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan kanan parti masing-masing.Sebelum ini penggunaan dakwat kekal telah dituntut oleh pembangkang sebelum pilihanraya umum 2008 lagi dan ia juga merupakan salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0 sebelum ini.Rapat umum PRSementara itu Anwar juga memberitahu bagi menjalinkan hubungan baik antara rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat satu Himpunan Rapat Umum Pakatan akan diadakan pada 4 Disember nanti di Stadium Melawati Shah Alam."Kita akan lancarkan satu program pada 4 Disember oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Stadium Melawati," jelas Anwar.Dalam pada itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menjelaskan program yang dijadualkan pada 4 Disember itu adalah untuk mewujudkan suasana mesra rakyat dengan pemimpin Pakatan Rakyat."Selain himpunan tersebut kita juga telah berbincang dengan Sekteriat Pakatan Rakyat agar menyusun jadual di setiap peringkat negeri untuk kita membawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat turun ke bawah," jelasnyaMahfuz juga menjelaskan ia bukan sahaja melibatkan ceramah-ceramah umum tetapi juga mendekati rakyat secara terus untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka di seluruh negara.

Politik Membosankan... Aku Dah Bosan, Aku Dah Bosan.

Bosan..., itu saja yang aku terjemahkan ketika melihat atau mengikut pekembangan politik tanah air ... Persoalan demi persoalan masih tidak terjawab , adakah politik hanya satu batu lonjatan untuk mengaut keuntungan dek kerana rakus dengan kemewahan dunia. Rakyat juga yang menjadi mangsa tipudaya mereka yang berkepentingan dan rakyat sentiasa di perjudikan atas mendapatkan mandat bagi mereka yang rakus dan terus hipokrit..


Ulama dijadikan pencuci kesilapan mereka terus menerus di laga-lagakan dengan tujuan menaik kembali publisiti mereka . agama dijadikan bahan untuk kepentigan sesetengah yang lain sekiranya mereka disisihkan . Ibarat pencuci mulut selepas makan nasi tenggahari hahahaha... gamaknya la...


Perjuangan membela bangsa di war-warkan hanya ketika mereka menagih simpati atas sokongan yang dicari. Duit negara dan negeri ibarat mereka yang punya .. apakah system yang mereka agungkan terus menjadi pembela bagi mereka ..


Ayat mudah yang aku mahu katakan BOSAN dengan politik malaysia selagi mana rakyat tidak berkuasa penuh.


Hari ini aku sungguh rasa bosan tak tau kenapa....!!!!!
Rasa macam nak QUIT dari berblog je... sememangnya tak boleh menggubah apa-apa pun... !!!


Tapi atas perjuangan mendaulat kan islam dan hukum nya aku cuba terus memberi sedaya upaya atas ruang untuk memenuhi sokongan kepada cadangan-cadangan yang mahu kearah mendaulatkan agama islam dan hukumnya.

Sunday, November 6, 2011

Budaya Songsang Perlu Di Tolak..



Budaya songsang yang melanda tanah air kita hari ini perlu di tolak oleh semua lapisan masyarakat tak kira bangsa , agama atau latar belakang . kerana budaya yang jauh dari fitrah kemanusiaan yang dicipta tuhan dengan adanya pasangan yang dibenarkan .. kerana haiwan pun tidak melakukan perlakuan yang melanggar norma kehidupan . Walau apa pun alasan mereka untuk menghalalkan perlakuan atau melakukan apa yang mereka mahukan dengan turut menggunakan alasan kebebasan manusia tidak lah sepatutnya melanggar peraturan yang telah di turunkan oleh tuhan (Allah) yang telah takdirkan kepada sekelian manusia . Allah telah memberi setiap makhluknya berpasang-pasangan dengan tepat , kenapa kita suka melanggarnya... Umat Islam perlu menolaknya dengan keras kerana pekara ini boleh menimbulkan bala bencana keatas negara dan juga boleh mendapat murka Allah pada semua manusia keseluruhannya. sekiranyan mereka mahu menjayakan juga perlu di ingatkan kepada mereka adalah majoriti yang menolak pekara yang tidak sehat ini berlaku ditanah air kita.. sebelum ia menjadi lebih payah dan parah dengan penambahan atau peningkatan gejala sosial yang membimbangkan masyarakat yang lebih matang dan berjati diri.


Marilah kita bersama-sama bersatu untuk menolak perilaku yang menjolok mata dari peradaban manusia yang lebih berjatidiri . supaya menolak apa-apa yang boleh menambah jumlah pekara-pekara mungkar . Ketahuilah Nagara ini bukan tempatnya untuk golongan yang melampaui batas.

Berkorban untuk tegak syariat Islam

KUALA LUMPUR, 6 Nov: Agenda terpenting penghayatan Hari Raya Korban adalah supaya masyarakat Islam seluruhnya dapat melakukan pengorbanan sama ada dari segi harta benda, wang ringgit, usaha tenaga, idea pemikiran dan sebagainya untuk mempastikan syariat Islam dapat ditegakkan di atas muka bumi ini khususnya di negara Malaysia yang kita cintai.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan sempena Hari Raya Idil Adha tahun ini akan membangkitkan semangat rakyat Malaysia keseluruhannya untuk melakukan perubahan di dalam negara ini khususnya di dalam menukar sistem pemerintahan yang berteraskan undang-undang sekular ciptaan manusia yang banyak kelemahan dan kekurangan kepada undang-undang ciptaan Allah yang syumul dan sempurna.
“Semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan ini,” ujarnya ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.
Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, beliau dengan rendah hati mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha 1432H kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat yang berada di seluruh negara.
Katanya, kepada anak perantau yang akan kembali beraya ke kampung masing-masing diharapkan semoga sentiasa berhati-hati dan berwaspada sama ada menaiki kenderaan sendiri ataupun awam.
Tambahnya, semoga perjalanan pulang ke kampung diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.
Beliau menambah, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor ingin mengambil kesempatan sempena Hari Raja Haji ini untuk mengucapkan selamat melaksanakan ibadah haji kepada bakal-bakal haji dan hajjah Malaysia yang kini telah berada di Makkah Al Mukarramah.
“Tahniah kerana telah mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah ALLAH SWT dan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendoakan semoga beroleh haji mabrur dan selamat pulang ke tanah air,” ujarnya.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya memahami dan menghayati intipati sebenar maksud Hari Raya Korban dan bukan sekadar merayakannya hanya dengan menyembelih binatang korban serta ziarah menziarahi sanak keluarga dan rakan taulan.

Thursday, November 3, 2011

Komen hudud: Presiden MCA didesak minta maaf

Sebuah NGO hari ini menyerahkan memorandum kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendesak beliau memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa menghina hukum hudud.Sehubungan itu, Sekretariat Jingga 13 memberi tempoh 48 jam untuk beliau berbuat demikian dan menarik balik kenyataannya yang dilaporkan mendakwa bahawa perlaksanaan hukum hudud menjadikan negara ini mundur dan menakut-nakutkan pelabur."Sekiranya Dr Chua gagal berbuat demikian, maka Jingga 13 tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini mengadap Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam di Malaysia," memorandum itu dipetik.Chua pada 29 Oktober lalu dilapor berkata hasrat PAS melaksanakan hudud akan memberi kesan besar terhadap pelaburan langsung asing dan kedatangan pelancong.Beliau dilaporkan berkata, kecuali negara yang kaya dengan sumber asli, pelaksanaan hudud menyebabkan mereka terkebelakang.Bercakap sebelum menyerahkan memorandum itu, ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa menyifatkan kenyataan Chua itu sebagai "menghina Islam" kerana hukum hudud telah termaktub di dalam Al-Quran."Kenyataan Chua itu boleh menyebabkan suasana yang tidak senang kepada orang Islam dan (dikhuatiri) boleh menimbulkan ketegangan agama."Ini isu yang serius, bukan isu remeh-temeh... Kita tidak mahu budaya ini berterusan," katanya.Beliau juga menyifatkan kenyataan Chua itu sebagai "satu dakyah palsu" dan presiden MCA tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan mempertikaikan hukum hudud."Hukum hudud khusus untuk orang Islam... Kita minta hentikan kenyataan (menghina) hukum hudud," katanya.Beliau juga berharap polis dapat membuat siasatan segera memandangkan mereka telah membuat aduan terhadap Chua beberapa hari lalu.Kira-kira 20 anggota NGO itu dan beberapa pemimpin AMK hadir ke Wisma MCA di Jalan Ampang membantah kenyataan Chua.Mereka mengangkat beberapa plakad yang tertulis 'Jangan hina Islam" dan "Jangan Biadap' sambil melaung-laung beberapa kali "Chua Soi Lek Biadap" dan "MCA Biadap".Kemudian, memorandum tersebut diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden, Gian Say Khoon di lobi wisma berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.Gian yang menerima memorandum tersebut berjanji akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Chua.Kira-kira lima anggota polis mengawal perhimpunan selama kira-kira sepuluh minit di hadapan bangunan itu.

Thursday, October 27, 2011

Pertahan Akidah Dengan Melaksanakan Hukum Islam.

Perdebatan atau perselisihan antara pro dan kontra pada isu Hudud @ Hukum Islam ini perlu bermula dengan Iman dan takwa kepada Allah , bukan sekadar bercakap atas jawatan dan pangkat yang kita pikul di dunia ini.. Pada pendapat mbrm semua isu berkenaan atas untuk perlaksanaan hukum Islam ini perlu di fahamkan apa yang faktanya terhadap perlaksanaan hukum tersebut yang termaktub di dalam Al-quran . Jangan sesekali sewenang-wenangnya boleh kita berhujah mengikut sesukat hati dan kepala hotak kita semata-mata walaupun ianya termaktub didalam perlembagaan malaysia ... Apa lah sangat diantara perlembagaan ciptaan manusia berbanding ciptaan Allah (Al-Quran), yang diturunkan oleh maha pencipta sebagai perlembagaan yang tertinggi bagi umat Islam, untuk merialisasikan tuntutan tersebut menjadi kenyataan untuk kepentingan dan keimanan yang jitu dalam pegangngan Akidah yang kuat . Kita gagal membentuk umat Islam yang berjiwa kental dalam mempertahankan tuntutan Agama Islam supaya Al-Quran tidak semata-mata dihayati dan diperhati. Perlaksanaan keatas tuntutan yang wajib keatas umat Islam itu sendiri perlu diperjuangkan di atas muka bumi ini. Kebanyakan yang berhujah hanya bertumpu kepada lingkaran yang termaktub di parlembagaan semata-mata seolah-olah perlembagaan itu tidak boleh dipinda supaya lebih mesra kepada ajaran Islam atau mengikut kehendah Agama Islam . Apakah umat Islam kini tidak mampu mengubah perlembagaan ciptaan manusia , dari mematuhi tuntutan Tuhan yang mencipta mereka yang telah termaktub didalam Al-Quran .



Kepada Sekelian ahli Parlimen yang muslim perlu memikul amanah agama ini, kepada mereka selagi mereka memegang jawatan tersebut maka tanggungjawab mereka untuk mengubah dan mengusulkan penggubalan terhadap perlembagaan supaya pelembagaan tidak boleh menghadkan atau menghalang perlaksanaan tuntutan dalam semua perlaksanaan yang di tuntutkan oleh Agama Islam . Ini adalah tanggungjawab mereka selagi mana negara kita masih mengikuti system demokrasi yang didalamnya masih ada ruang untuk perjuangan memertabatkan Islam di muka bumi ini dirialisasikan menjadi kenyataan ...

Ahli parlimen umat Islam amat lemah dalam memperjuangkan hak umat Islam dalam negara umat islam yang masih majoriti ... Sedangkan mereka boleh meminda rang undang-undang Kampung baru sebagai contoh...

Pendapat yang tak mesra keimanan dan ketakwaan.....

Pakar: Hudud tak boleh dilaksana cara kekerasan

Pakar undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari hari ini membidas Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah yang berkata bahawa undang-undang hudud harus dilaksanakan oleh "kekerasan".Menurut Abdul Aziz (kanan), yang merupakan seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, kenyataan Ridhuan tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama.Beliau yang digantung oleh UIA tetapi ditarik balik Isnin lalu, berkata pandangan alim ulama Islam berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja.Oleh itu, katanya, pandangan Ridhuan pada Selasa lalu bahawa undang-undang hudud perlu dilaksanakan secara kekerasan bagi mendidik bukan Islam dilihat kurang bersesuaian dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh akademik.Walaupun Abdul Aziz mengakui Ridhuan mungkin tidak cekap dalam hujah undang-undang kerana ia bukan bidang pengkhususannya, namun, kata pakar undang-undang itu, hudud tidak boleh dibincangkan tanpa mengambil kira perlembagaan persekutuan."Apa-apa yang kita katakan tentang hudud, kita perlu untuk berhujah atas dasar perlembagaan, bukan kerana (perlembagaan itu) adalah suci ... tetapi semata-mata kerana ia adalah undang-undang asas negara ini," katanya dalam satu kenyataan.Beliau menambah bahawa Ridhuan, yang mengajar di fakulti kenegaraan dan tamadun di Universiti Pertahanan Nasional, juga harus sedar bahawa era undang-undang yang mengenakan pada orang lebih."(Ridhuan) mungkin memikirkan beberapa undang-undang yang menindas - sesuatu yang mahu dipaksakan ke atas rakyat tanpa persetujuan mereka."Tetapi tempoh itu susah berakhir dan kini rakyat lebih memahami tentang hak-hak mereka; dan agama Islam itu sendiri adalah mengenai kebebasan dan membuat pilihan bukannya mengenai kekerasan dan paksaan," katanya.Menurut Abdul Aziz, contoh yang baik mengenai konsep Islam yang menerima tentangan hebat tetapi hari ini diterima meluas di negara ini adalah sistem perbankan Islam.

Sumber - malaysiakini

Lagi Bekas Pemimpin Melayu Yang Berugama Islam Bercakap Mengikut Nafsu.

Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir
Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.
“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.
Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.
Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.
Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.
Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.
Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

Sumber - malaysiainsider

Monday, October 24, 2011

Hudud: Kelantan bentuk jawatankuasa teknikal pelaksanaan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Kelantan hari ini meluluskan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll bagi membuat kajian tentang pelaksanaan hukum hudud di negeri itu.

Jawatankuasa itu yang akan dianggotai 19 ahli akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Polemik mengenai hukum itu muncul semula bulan lalu dan muncul pandangan pelbagai pihak – ada yang menekankan ia boleh dilaksanakan di Kelantan dan ada yang berpendirian tidak boleh sebab bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kota Baru hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah jawatankuasa itu untuk melihat beberapa sudut tertentu bagi membolehkan hukuman berkenaan dapat dijalankan di negeri ini mengikut peruntukan undang-undang.

Beliau yang juga timbalan pengerusi jawatankuasa berkenaan memberitahu,”ada pandangan baru dari sudut undang-undang yang mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa mengubah perlembagaan yang ada.”

“Jadi jawatankuasa yang ditubuhkan ini akan melihat ruang-ruang tersebut sekiranya ada,” jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Dipetik Harakahdaily, Mohd Amar berkata, latar belakang mereka yang dilantik dalam anggota itu mengikut kesesuaian dalam bidang profesional masing-masing khususnya dalam bidang agama, keselamatan seperti polis dan Jabatan Penjara.

Kata beliau, Senator Mumtaz Mohd Nawi merupakan satu-satunya wakil wanita dalam jawatankuasa itu.

“Apa yang penting sekarang setiap apa yang ingin dilakukan mengikut kerangka undang-undang,” tambah Mohd Amar.

Antara anggota jawatankuasa yang dilantik ialah Penasihat Undang-undang Kerajaan negeri, dua orang anggota Exco kerajaan negeri dan Ketua Hakim Mahkamah Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad dan bekas anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Muhammad Daud.

Saturday, October 22, 2011

Himpunan Sejuta Umat berlangsung dengan penyertaan ‘jauh lebih kecil’

Sebahagian peserta Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, Selangor 22 Oktober 2011. — Foto Choo Choy May

SHAH ALAM, 22 Okt — Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, yang penganjur menyasarkan lebih 100,000 penyertaan, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan kehadiran hanya sekitar 5,000 orang.

Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan Muslim dimulakan pada pukul 3.40 petang — lewat satu setengah jam daripada masa dijadualkan ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin.

Acara dimulakan dengan para hadirin dihiburkan lagu-lagu nasyid tetapi terganggu sebentar dengan satu pengumuman mengecam buku kecil bertajuk “Siapa Bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?”

Sekretariat Himpun sebelum ini berkata mereka meletakkan sasaran kehadiran lebih 100,000 kerana mendapat sokongan sekitar 2,000 pertubuhan bukan kerajaan mewakili sekitar empat juta ahli dan pengikut.

Berikutan Himpun Anti Murtad Di Shah Alam.

4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

Himpun placards4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

himpun rally crowd in shah alam stadium 6 perkasa ibrahim aliBeliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.

4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.

Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.

himpun rally 221011 muslim singingSementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana
semuanya berjalan dengan aman.

5.00pm: Bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.

Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan
ancaman.

himpun rally 221011 crowdApa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam.

Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.

"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.

"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas memberi maklumat," katanya.

Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.

5.18pm: Pihak penganjur kemudian bertanya kepada para hadirin sama ada mereka bersetuju jika Himpun diadakan di seluruh negara. Para hadirin bersetuju.

Menurut pihak penganjur, tidak kira berapa ramai yang hadir hari ini tetapi apa yang penting ialah suara mereka sekuat seolah-olah terdapat satu juta orang yang hadir di situ.

Kelihatan ada orang yang beredar meninggalkan stadium.

5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada yang mewakili Front Bertindak Anti Murtad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.

Beliau berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.

"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.

Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.

5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin. Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi lebih dekat kepada mufti untuk mengambar gambar.

Harussani berkata orang Melayu adalah bangsa yang paling istimewa di dunia kerana semua orang Melayu adalah beragama Islam.

Beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada para hadirin bahawa Allah telah memberi amaran mengenai malapetaka jika manusia gagal melindungi iman mereka.


6.00pm: Exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat.

Berikutan Perhimpunan anti-murtad di Shah Alam.

Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."

"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

3pm: Dianggarkan hampir 5,000 orang telah mengambil tempat ei kawawan tempat duduk stadium.

3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.

3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.

3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.

4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

Himpunan Sejuta Umat gagal capai sasaran

HIMPUNAN Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran di Stadium Shah Alam yang bermula jam 2 petang dan tamat pada jam 5 petang ini. - Foto BH Online

SHAH ALAM 22-10-2011 : Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.

Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur.
Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang.

Kita Boleh Lihat Siapa Yang Akan Untung Atas Tumbangnya Pemerintahan Gaddafi .

Kerakusan pihak tentera pembebesan rakyat Libya menampakkan mereka ini juga gagal merialisasikan keadilan untuk rakyat Libya kerana Muammar Gaddafi juga rakyat Libya mahupun ia tumbang sebagai pemimpin negara itu , Tetapi pembunuhan terhadap beliau setelah beliau meminta tidak di bunuh dan menyerah diri tidak di pedulikan pihak pejuang pembebesan libya itu. namun beliau juga ada hak untuk di bicara atas apa-apa kesalahan yang perlu di buktikan yang boleh mensabitkannya untuk di jatuhkan hukum . Ini sama sekali tidak mengikuti ajaran dan perjuagan berlandaskan ajaran Islam yang sebenar ketika beperang.
Mereka semata-mata melepaskan dendam yang tependam sekian lama kepada pemimpin itu.

Persoalannya adakah Libya akan lebih aman setelah kematian Gaddafi ..? Sudah tentu rakyat libya belum boleh merasa lega . Kerana dibimbangi campur tangan luar dari barat atau pun Eropa yang menjatuhkan kerajaan Muammar Gaddafi supaya mereka boleh menguasai negara yang kaya dengan hasil minyak itu. Kita boleh lihat apa yang terjadi di Iraq dan apa yang terjadi di Mesir adakah rakyat mereka merasai keamanan setelah tumbangnya pemerintahan sebelum ini. sekiranya ia tidak di kendalikan oleh pihak yang lebih beriman kepada Allah dan bertakwa maka akan bertambah hancur. Di Mesir pula kita lihat apa yang terjadi masih terjadi ia itu rakyat masih tidak merasa tenteram , pergaduhan antara agama pula masih berlaku dan rakyat masih berdemo di jalan raya. Dan rakyat palastin masih tidak dapat pembelaan dari negara jirannya ia itu Mesir. apa kah keuntungan kepada umat Islam keseluruhannya .....