Tuesday, November 15, 2011

Politik Membosankan... Aku Dah Bosan, Aku Dah Bosan.

Bosan..., itu saja yang aku terjemahkan ketika melihat atau mengikut pekembangan politik tanah air ... Persoalan demi persoalan masih tidak terjawab , adakah politik hanya satu batu lonjatan untuk mengaut keuntungan dek kerana rakus dengan kemewahan dunia. Rakyat juga yang menjadi mangsa tipudaya mereka yang berkepentingan dan rakyat sentiasa di perjudikan atas mendapatkan mandat bagi mereka yang rakus dan terus hipokrit..


Ulama dijadikan pencuci kesilapan mereka terus menerus di laga-lagakan dengan tujuan menaik kembali publisiti mereka . agama dijadikan bahan untuk kepentigan sesetengah yang lain sekiranya mereka disisihkan . Ibarat pencuci mulut selepas makan nasi tenggahari hahahaha... gamaknya la...


Perjuangan membela bangsa di war-warkan hanya ketika mereka menagih simpati atas sokongan yang dicari. Duit negara dan negeri ibarat mereka yang punya .. apakah system yang mereka agungkan terus menjadi pembela bagi mereka ..


Ayat mudah yang aku mahu katakan BOSAN dengan politik malaysia selagi mana rakyat tidak berkuasa penuh.


Hari ini aku sungguh rasa bosan tak tau kenapa....!!!!!
Rasa macam nak QUIT dari berblog je... sememangnya tak boleh menggubah apa-apa pun... !!!


Tapi atas perjuangan mendaulat kan islam dan hukum nya aku cuba terus memberi sedaya upaya atas ruang untuk memenuhi sokongan kepada cadangan-cadangan yang mahu kearah mendaulatkan agama islam dan hukumnya.

No comments:

Post a Comment