Thursday, October 27, 2011

Pertahan Akidah Dengan Melaksanakan Hukum Islam.

Perdebatan atau perselisihan antara pro dan kontra pada isu Hudud @ Hukum Islam ini perlu bermula dengan Iman dan takwa kepada Allah , bukan sekadar bercakap atas jawatan dan pangkat yang kita pikul di dunia ini.. Pada pendapat mbrm semua isu berkenaan atas untuk perlaksanaan hukum Islam ini perlu di fahamkan apa yang faktanya terhadap perlaksanaan hukum tersebut yang termaktub di dalam Al-quran . Jangan sesekali sewenang-wenangnya boleh kita berhujah mengikut sesukat hati dan kepala hotak kita semata-mata walaupun ianya termaktub didalam perlembagaan malaysia ... Apa lah sangat diantara perlembagaan ciptaan manusia berbanding ciptaan Allah (Al-Quran), yang diturunkan oleh maha pencipta sebagai perlembagaan yang tertinggi bagi umat Islam, untuk merialisasikan tuntutan tersebut menjadi kenyataan untuk kepentingan dan keimanan yang jitu dalam pegangngan Akidah yang kuat . Kita gagal membentuk umat Islam yang berjiwa kental dalam mempertahankan tuntutan Agama Islam supaya Al-Quran tidak semata-mata dihayati dan diperhati. Perlaksanaan keatas tuntutan yang wajib keatas umat Islam itu sendiri perlu diperjuangkan di atas muka bumi ini. Kebanyakan yang berhujah hanya bertumpu kepada lingkaran yang termaktub di parlembagaan semata-mata seolah-olah perlembagaan itu tidak boleh dipinda supaya lebih mesra kepada ajaran Islam atau mengikut kehendah Agama Islam . Apakah umat Islam kini tidak mampu mengubah perlembagaan ciptaan manusia , dari mematuhi tuntutan Tuhan yang mencipta mereka yang telah termaktub didalam Al-Quran .



Kepada Sekelian ahli Parlimen yang muslim perlu memikul amanah agama ini, kepada mereka selagi mereka memegang jawatan tersebut maka tanggungjawab mereka untuk mengubah dan mengusulkan penggubalan terhadap perlembagaan supaya pelembagaan tidak boleh menghadkan atau menghalang perlaksanaan tuntutan dalam semua perlaksanaan yang di tuntutkan oleh Agama Islam . Ini adalah tanggungjawab mereka selagi mana negara kita masih mengikuti system demokrasi yang didalamnya masih ada ruang untuk perjuangan memertabatkan Islam di muka bumi ini dirialisasikan menjadi kenyataan ...

Ahli parlimen umat Islam amat lemah dalam memperjuangkan hak umat Islam dalam negara umat islam yang masih majoriti ... Sedangkan mereka boleh meminda rang undang-undang Kampung baru sebagai contoh...

Pendapat yang tak mesra keimanan dan ketakwaan.....

Pakar: Hudud tak boleh dilaksana cara kekerasan

Pakar undang-undang Profesor Abdul Aziz Bari hari ini membidas Profesor Madya Ridhuan Tee Abdullah yang berkata bahawa undang-undang hudud harus dilaksanakan oleh "kekerasan".Menurut Abdul Aziz (kanan), yang merupakan seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, kenyataan Ridhuan tidak disokong dari sudut pandangan undang-undang mahupun agama.Beliau yang digantung oleh UIA tetapi ditarik balik Isnin lalu, berkata pandangan alim ulama Islam berpendapat hukum hudud hanya boleh dilaksanakan ke atas umat Islam sahaja.Oleh itu, katanya, pandangan Ridhuan pada Selasa lalu bahawa undang-undang hudud perlu dilaksanakan secara kekerasan bagi mendidik bukan Islam dilihat kurang bersesuaian dengan kedudukan beliau sebagai seorang tokoh akademik.Walaupun Abdul Aziz mengakui Ridhuan mungkin tidak cekap dalam hujah undang-undang kerana ia bukan bidang pengkhususannya, namun, kata pakar undang-undang itu, hudud tidak boleh dibincangkan tanpa mengambil kira perlembagaan persekutuan."Apa-apa yang kita katakan tentang hudud, kita perlu untuk berhujah atas dasar perlembagaan, bukan kerana (perlembagaan itu) adalah suci ... tetapi semata-mata kerana ia adalah undang-undang asas negara ini," katanya dalam satu kenyataan.Beliau menambah bahawa Ridhuan, yang mengajar di fakulti kenegaraan dan tamadun di Universiti Pertahanan Nasional, juga harus sedar bahawa era undang-undang yang mengenakan pada orang lebih."(Ridhuan) mungkin memikirkan beberapa undang-undang yang menindas - sesuatu yang mahu dipaksakan ke atas rakyat tanpa persetujuan mereka."Tetapi tempoh itu susah berakhir dan kini rakyat lebih memahami tentang hak-hak mereka; dan agama Islam itu sendiri adalah mengenai kebebasan dan membuat pilihan bukannya mengenai kekerasan dan paksaan," katanya.Menurut Abdul Aziz, contoh yang baik mengenai konsep Islam yang menerima tentangan hebat tetapi hari ini diterima meluas di negara ini adalah sistem perbankan Islam.

Sumber - malaysiakini

Lagi Bekas Pemimpin Melayu Yang Berugama Islam Bercakap Mengikut Nafsu.

Hudud: Hasrat PAS akan wujudkan dua sistem tak adil, dakwa Mahathir
Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyerang hasrat PAS memperkenalkan hukum hudud dengan hari ini menegaskan, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim.
“Mereka mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi, jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka (hanya) akan dapat hukuman penjara dua bulan.
“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti, jika anda melakukan (kesalahan) lain, mereka akan memotong kepala anda,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan teh anjuran Perodua di sini hari ini.Laporan media semalam menyebut kerajaan Kelantan terus meletakkan harapan mahu mencapai hasrat dua dekad melaksanakan hukum hudud mahu bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan perkara tersebut sebaik sahaja segala pendekatan berkaitan selesai diadakan.
Isnin lalu, pentadbiran Nik Aziz mengumumkan pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung pelaksanaan hukum hudud.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Najib berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.
Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.
Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.
Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.
Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

Sumber - malaysiainsider

No comments:

Post a Comment