Saturday, October 22, 2011

Kita Boleh Lihat Siapa Yang Akan Untung Atas Tumbangnya Pemerintahan Gaddafi .

Kerakusan pihak tentera pembebesan rakyat Libya menampakkan mereka ini juga gagal merialisasikan keadilan untuk rakyat Libya kerana Muammar Gaddafi juga rakyat Libya mahupun ia tumbang sebagai pemimpin negara itu , Tetapi pembunuhan terhadap beliau setelah beliau meminta tidak di bunuh dan menyerah diri tidak di pedulikan pihak pejuang pembebesan libya itu. namun beliau juga ada hak untuk di bicara atas apa-apa kesalahan yang perlu di buktikan yang boleh mensabitkannya untuk di jatuhkan hukum . Ini sama sekali tidak mengikuti ajaran dan perjuagan berlandaskan ajaran Islam yang sebenar ketika beperang.
Mereka semata-mata melepaskan dendam yang tependam sekian lama kepada pemimpin itu.

Persoalannya adakah Libya akan lebih aman setelah kematian Gaddafi ..? Sudah tentu rakyat libya belum boleh merasa lega . Kerana dibimbangi campur tangan luar dari barat atau pun Eropa yang menjatuhkan kerajaan Muammar Gaddafi supaya mereka boleh menguasai negara yang kaya dengan hasil minyak itu. Kita boleh lihat apa yang terjadi di Iraq dan apa yang terjadi di Mesir adakah rakyat mereka merasai keamanan setelah tumbangnya pemerintahan sebelum ini. sekiranya ia tidak di kendalikan oleh pihak yang lebih beriman kepada Allah dan bertakwa maka akan bertambah hancur. Di Mesir pula kita lihat apa yang terjadi masih terjadi ia itu rakyat masih tidak merasa tenteram , pergaduhan antara agama pula masih berlaku dan rakyat masih berdemo di jalan raya. Dan rakyat palastin masih tidak dapat pembelaan dari negara jirannya ia itu Mesir. apa kah keuntungan kepada umat Islam keseluruhannya .....

No comments:

Post a Comment