Thursday, September 29, 2011

Tidak Dapat Kata Putus Bukan Bermakna Gagal...

Kami bagi mbrm amat menyokong perlaksanaan undang-undang Islam terhadap umat Islam tanah air kita walaupun hanya kelantan menyuarakan hasrat ini namun telah mendapat tentangan dari pihak yang tak tahu menahu tentang hukum Islam tetapi masih mahu mempertikaikan apa yang di wajibkan kepada umat Islam seperti mana wajibnya solat 5 waktu dan berpuasa dibulan ramadhan yang tidak dikenakan terhadap orang bukan Islam. Samalah seperti hukum Islam ini yang telah di usul oleh pihak PAS Kelantan . Malangnya ia menjadi sukar apabila berhadapan dengan golongan bukan Islam dan orang Islam sendiri yang cuba memberi seribu alasan dan tekanan terhadap perlaksanaan hukum yang di waibkan keatas umat Islam keseluruhannya. Bagi PAS perlu tahu biar kalah bermaruah asalkan tidak menang terhinan.........
Pendirian umat islam sekarang sudah longar atau kendur untuk memenuhi tuntutan agamanya.. sepatutnya kita menjadi contoh terbaik dan bertegas terhadap orang bukan Islam kerana untuk kebaikan dan menjadikan ia satu pengajaran yang lebih baik untuk melihat negara kita mendapat lebih keberkatan dari tuan yang mencipta alam ini dengan tunduk terhadap perintahnya. Berhukum dengan apa yang diturunkannya yang telah termaktub didalam al-Quran. Sekiranya DAP menolak cadangan perlaksanaan Hukum Islam ini , kita sudah mengetahuinya kerana mereka tidak ada hak untuk urusan agama kita . Dari itu apa salahnya bagi kita yang mengaku umat Islam dan umat Nabi Muhammad bersama-sama menjayakan perjuangan merialisasikan perlaksanaan Hukum Islam ini . Sekiranya kita tidak mahu menjadi golongan munafik , Elakan diri anda dari termasuk dalam kumpulan atau golongan-golongan orang munafik yang menghalang perlaksanaan Hukum Islam terbentuk. Disinilah kita boleh bersatu walaupun kita berlainan parti politik namun kita tetap bersatu dalam Satu Akidah......
Kita umat yang mengaku umat Islam dan mengaku Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul Allah marilah kita bersama-sama menyatukan umat Islam dengan menyokong perlaksanaan Hukum yang telah kita ketahuinya boleh mencegah jenayah yang saban hari menghantui rakyat kita baik yang umat Islam mahupun bukan Islam . Akan terkesan apa bila terlaksana hukum Islam ini akan membawa rahmat kepada negara kita dari bentuk keamanan , kedamaian dan ekonomi... atas sebab rahmat tuhan sekelian alam dengan rasa beriman dan takwa atas suruhannya.
Ini kata-kata kami
" KAMI AMAT MENYOKONG PERLAKSANAAN HUKUM ISLAM TERHADAP DIRI DAN KELUAGA KAMI "

No comments:

Post a Comment