Friday, September 30, 2011

Negara Islam Bukan Lagi Matlamat ...

Matlamat menubuhkan negara Islam hanya satu slogan semata-mata bukan lagi tujuan .. PAS sepatutnya tidak menjadikan Umno dan Barisan Nasional sebagai acuan dalam merialisasikan hasrat rakyat dengan berbagai-bagai slogan namun hasilnya akan menghabiskan masa dan peruntukkan wang rakyat sekiranya hanya mahu matlamat dan tujuan slogan ini di perkenalkan dalam minda sekelian rakyat. Kita perlu ketahui bahawa Islam tidak semata-mata dislogankan kepada umum padahal apa yang dituntutkan tidak di praktikkan .. Ia hanya Islam pada nama sedangkan hasrat umat Islam tidak berhasil seperti perlaksanaan Hukum Islam kepada umat Islam yang di wajibkan keatas mereka. sekiranya slogan demi slogan yang di utarakan tanpa ada perlaksaaan hanya mengundang salah faham dan salah tafsiran bagi yang tidak memahami apa kah ertinya negara Islam sebenar. Ianya juga hanya menakut-nakutkan golongan bukan Islam yang masih tidak memahami tuntutan agama Islam terhadap umat Islam itu.
Kita tidak perlu meniru atau mencontohi apa yang di buat oleh Parti pemerintah sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kelak dengan menghak milikkan apa sahaja yang berada didalam negara mahupun sejarah kemerdekaan tanah air ini . Adapun berparti itu satu keperluan namun jangan lah sampai ia menghalalkan cara untuk mendapat matlamat diri sendiri ... Ikhlas lah dalam apa yang kita lakukan , dan tanamkan hasrat dan cita-cita perjuangan dan pembelaan terhadap agama dan bangsa kerana Allah. Kita sepatutnya mengubah lengskap sejarah mendatang . Kelak di hargai oleh umat Islam akan datang dengan usaha menjayakan dan memgembalikan apa yang penjajah hapuskan .. Supaya terbukti yang kita umat Islam di Malaysia benar-benar Merdeka dalam erti Kemerdekaan yang sebenar membebaskan minda yang masih dijajah oleh system mereka yang masih diwarisi dalam system perundagan .
Jangan sampai generasi mendatang mencela generasi sebelumnya dek kerana kelemahan genarasi kini melakar sejarah untuk masa depan khas untuk umat Islam tanah air.

2 comments:

  1. 1. Apa komen MBRM mengenai perjanjian Hudaibiah yang ditandatangani oleh Rasulullah dengan puak2 penentang Islam samasa zaman Rasulullah dimana Rasulullah mengarahkan Saidina Ali memadam perkataan tertentu dalam perjanjian setalah didesak oleh puak penentangnya?

    2. Saya nak syorkan kepada PAS supaya diwar-warkan tentang "apa yang ada dalam negara Islam" jika dilaksanakan.

    ReplyDelete
  2. 1) Berkembangnya syiar Islam.
    2) Kehidupan masyarakat aman dan damai.
    3) Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
    4) Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

    Itu yang saya syorkan ,tidak perlu melaungkan sloang Negara Islam .. Yang penting adalah melaksanakan Hukum Hudud... Dan menaik taraf mahkamah syariah... itu satu tuntutan... Jangan tiru gaya Umno penuh dengan slogan tetapi yang kita tahu hasilnya wang rakyat sudah pasti melayang dengan peruntukan mempekenalkan slogan mereka ... hasilnya tiada, emimpin silih berganti dengan cara masing-masing namun kebanyakannya memerlukan peruntukan wang rakyat untuk pablisiti mereka semata-mata..
    PAS tidak perlu mengwar-warkan Negara Islam kerana Negara Islam itu akan ujud dengan sendirinya seandai sesebuah negara itu melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh termasuk perundagannya.

    ReplyDelete