Wednesday, August 3, 2011

Sebanyak 29,290 telah diluluskan..?

Pekara ini bukan boleh buat lawak .. kenapa terlalu banyak warga asing diberi MyPR dan Mykad .

dalam laporan malaysiakini jumlah yang diluluskan

sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.
Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:

Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Apa yang kita risaukan apabila warga asing terlalu ramai yang diberikan taraf kerakyatan ini boleh mendatangkan masaalah kepada penduduk tempatan . Apakah mereka semua ini dari golongan profesional yang telah mendapat kerakyatan ini..

No comments:

Post a Comment