Sunday, August 28, 2011

Rakyat Malaysia Tidak Peduli Warganya , Tidak Patriotik Lagi..


Tidak kah kita ketahui , kita rakyat malaysia sudah bersaing dengan warga asing didalam negara kita sendiri .. Adakalanya kita kalah, ada kalanya kita menang dalam pertembungan diantara dua darjat kenegaraan dan bukan kenegaraan itu.

Dimana silapnya ..?
Ada juga keluhan dikalangan pekerja swasta yang berstatus warganegara tidak puas hati seolah menumpang di negara sendiri dek kerana tingkah laku majikan yang tidak mengambil berat tentang pekerja malaysia sedangkan mereka boleh mendengar dan memenuhi kemahuan warga asing . Contohnya sekiranya pekerja asing mahu menyambung kontrak mereka dengan memohon kenaikan gaji yang lebih tinggi , pihak majikan mampu untuk memenuhi hajat mereka , namun bagi pihak warga tempatan yang setia atau terus berkerja dengan tampa ada kenaikan gaji yang sedemikian rupa , namun rakyat tempatan masih juga besabar dan bekerja ditempat bekenaan dalam masa yang sama turut memberi tunjuk ajar kepada pendatang asing yang baru masuk untuk bekerja .

Kemasukan pekerja asing tampa kawalan yang ketat ,amat mendukacitakan rakyat tempatan ..
kerana kemasukan mereka juga menambah gejala sosial yang membimbangkan kita seperti :-
Apa yang kita ketahui mereka berani membawa lari anak warga tempatan dan meraka juga berani mengganggu isteri atau suami orang tempatan.
Mereka juga mengundang keruntuhan rumah tangga warga tempatan dengan berani mempergunakan suami atau isteri orang untuk kesenagan mereka seadanya mereka di sini .
Namun kita warga tempatan sudah hilang jati diri dan ke patriotiktan kita sekiranya ada berlaku pekara sedemikian , kebanyakan kita tidak ambil peduli akan apa yang terjadi kepada warga tempatan kita yang lain . Dalam sudut kita yang ada pangkat kita tidak peduli pada warga tempatan dalam priority warga tempatan kita dalam semua hal....

Dalam kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun ini , bagi kita banyak persoalan yang perlu kita persoalkan kepada semua rakyat malaysia hari ini.. Apakah kita benar-benar merdeka..? kalau kita benar-benar merdeka kenapa semua pekara diatas terjadi kepada sesetengah rakyat kita.. adakah kita tidak prihatin terhadap rakyat kita.. berkenaan gaji minima untuk rakyat kita terutama dalam sektor swasta yang berhadapan dengan saingan pekerjaan dikalangan tempatan masih mendukacitakan dan tidak meneluruh terhadap pekerja tempatan yang tidak berjawatan itu yang terus bersaing dengan warga asing ... Dimanakah akta pelindungan dikalangan pekerja tempatan .. dan siapakah yang mampun untuk membela golongan terendah dikalangan pekerja-pekerja tempatan ini .. siapa yang perlu turun padang dan berhadapan dengan pekerja itu sendiri dan mendengar keluhan mereka .


Kekadang kita dengar alasan majikan yang kurang berminat untuk mengambil pekerja tempatan yang langsung tidak bersikap patriotik dengan lebih mengutamakan pekerja warga asing .. sehingga rakyat tempatan tersisih atau disisihkan.
Sebenarnya mereka mampu untuk menempatkan pekerja tempatan dalam satu system dan penjagaan yang baik akan mudahkan lagi bagi warga tempatan untuk terus berminat menceburi dan mengisi ruang kekosongan dalam industeri pembuatan dan pekilanggan negara , sbenarnya mereka telah lakukan kepada warga asing dengan keudahan itu semua..



Adakah kita sebagai warga tempatan telah mendahulukan warga tempatan kita dalam apa bentuk sekali pun sekiranya kita berada ditempat yang mampu membuat kepuusan dalam pihak pengurusan syarikat atau kerajaan supaya prority warga tempatan mampu diperahankan dan dibela dengan sebaiknya... Bagi kerajaan dan pemerintah perlulah perihatin kepada masaalah ini . dan cuba untuk turun padang dan siasat sendiri dan teliti masaalah tersebut supaya ada undang-undang yang bakal menjaga dan memerihara kedudukan pekerja warga tempatan di peringkat terendah dan sederhana dalam sektor pembuatan , pekilangan , pertanian, perinkannan mahupun pemasaran.....

Bak kata pepatah melayu lama ; Kera dihutan disusukan , Anak dirumah mati kelaparan..



Lupaya kita menuju melaysia yang lebih baik tak kira siapa yang memerintah .. kepentingan rakyat lebih di perihatinkan .... Supaya kita dapat keuntungannya bersama , supaya peruntukan untuk menjaga warga asing dikurangkan dan kembalikan ke rakyat malaysia.

No comments:

Post a Comment