KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Pakatan Rakyat mahu tindakan dikenakan ke atas saluran milik Media Prima, 8TV kerana menyiarkan iklan Ramadan yang menunjukkan sikap orang Cina semasa bulan Ramadan.
Gesaan itu dibuat selepas saluran itu menarik balik iklan tersebut berikutan kritikan ke atas klip yang menggambarkan seorang gadis “Cina” makan di depan khalayak ramai sambil mengenakan pakaian ketat semasa berkunjung ke bazar Ramadan.
“Seseorang harus mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan kerana menghina Islam dan menggambarkan agama lain tidak menghormati agama lain,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).
Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata adegan-adegan dalam iklan itu “terlalu dramatik” di bulan Ramadan seperti orang Islam “tidak mengambil peduli orang lain makan, minum atau merokok di kawasan awam.”
Penasihat DAP Lim Kit Siang juga mengkritik kumpulan media yang dikawal Umno sambil menyifatkannya sebagai “iklan tidak mementingkan sensitiviti dan amat kesat,” dengan “jika iklan itu tiada kaitan dengan kerajaan, tindakan serta-merta akan diambil oleh pihak berkuasa.”
“Media Prima perlu bertanggungjawab dan tindaka perlu diambil oleh kerajaan,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur ini.
Terlebih dahulu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima mempertahankan penyiaran iklan itu dengan meminta orang ramai “bertenang” dan tidak buat tindakan terburu-buru.
Dalam iklan itu, seorang gadis mengenakan baju tanpa lengan sambil memegang sesikat pisang.
“Wow, saya rasa saya telah menjadi perhatian! Saya suka! Dan, saya sayang anda semua!” kata gadis dalam video itu.
Iklan itu kemudian mencadangkan agar gadis itu tidak memakai pakaian yang ketat dengan mesej “jangan pakai pakaian ketat dan mendedahkan tubuh anda.”
Kemudian, gadis itu dilihat telah memakai baju kurung dan disambut dengan senyuman oleh orang ramai di bazar.
Terdahulu selebriti tempatan dan penulis lagu Pete Teo dalam komennya menerusi Twitter berkata: “Mahu melihat iklan TV Ramadan yang teruk? Yasmin Ahmad di mana anda? Apa sudah jadi dengan AhmadIzhamOmar?”
Kedua-dua Lim dan Dzulkefly juga berkata, ini bukan kali pertama Media Prima membenarkan tayangan iklan yang kontroversi semasa Ramadan.
Tahun lalu, TV3 terpaksa menarik balik iklan sempena Aidilfitri yang mana memasukkan elemen-elemen agama lain termasuk termasuk watak Santa Claus.
No comments:
Post a Comment