Gambar kesan rusuhan dilondon.
Bagi mereka yang tak tahu menilai sama ada rusuhan dengan perhimpunnan ini atau sengaja tidak mahu untuk berkata yang benar itu benar yang salah itu tetap salah .
Apa dah jadi dengan sikap dan pemikiran sesetengah orang kita sampai tak tahu menilai yang baik itu baik dan yang jahat itu tetap jahat ... Ketaksuban politik telah merosakan akal yang waras sehingga tidak mampu atau tidak dapat menilai yang mana rusuhan dan yang mana perhimpunan ..
bagi fitrah manusia akan ada rasa dan terasa apa yang menimpa mereka .. dan juga rasa itu mendorong kepada mereka bertindak .. Cuma bezanya adalah apakah tindakan yang mereka ambil .. Bagi orang timur kita selalu mengunakan cara berhemah .. menegur terlebih dahulu baik di dalam parlimen , mahupun di akhbar dan di internet juga mereka sudah menyuarakan pendapat dan teguran yang boleh diterima oleh sesiapa .. namun mereka abaikan suara rakyat tersebut..
Mereka juga cuba membuat pungutan suara rakyat yang sedar kepada pekara ini dengan perhimpunan aman untuk hanya menyerahkan memorendom kapada pihak yang lebih tinggi ..
Gambar Perhimpunan Aman di Malaysia.
Namun mereka dihalng untuk tujuan itu dan tidak dibenarkan berhimpun walaupun dijanjikan oleh penganjur perhimpunan tersebut dengan jaminan menjaga keamanna . Tetapi mereka tidak mahu mendengar dan melihat akan hasrat rakyat yang mewakili pendapat yang sama supaya ada perubahan atas apa yang di hasratkan oleh rakyat tersebut .. Namun mereka telah dinafikan akan hak mereka dengan jelas mereka cuba mendegar sebelah pihak sahaj, iaitu pihak yang memerintah dengan mengunakan segala apa yang ada didalam negara tersebut walaupun rakyat juga ada hak terhadap apa yang mereka gunakan itu . Seperti badan berunifom yang sepatutnya menjaga keamanan awam dan menjaga kepentingan rakyat negara yang berdaulat ini. dan mereka hanya bertindak seperti budak suruhan" yes boss".. dan tidak menghiraukan tututan rakyat yang berhak untuk diadili.
Gambar Kesan Rusuhan Di London.
Ada juga setengah masyarakat yang masih tidak sensetiv kepada apa yang terjadi didalam negara ini seperti pembaziran yang melampau, penyalah guna kuasa dan sikap yang menjelekkan dengan mengatakan yang mereka tidak lakuan, seperti berjimatlah didalam pembelanjaan ..
sedangkan mereka langsung tidak mahu menegur golongan mereka dan keluarga mereka keatas apa yang mereka nasihatkan kepada rakyat.. Sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini , rakyat juga yang disalahkan, padahal sebelum itu langsung tidak mahu berunding dengan baik untuk merialisasikan hasrat rakyat.
Perlu diketahui juga asal rusuhan dilondon itu adalah protes aman namun keganasan polis telah menjadikan ia rusuhan yang dasyat ..
Pemerintah perlu mengambil pengajaran apa yang berlaku di sana untuk tidak akan berlaku di tanah air kita dan dalam masa yang sama tuntutan dan hasrat rakyat yang baik dan mulia perlu dipertimbagkan dengan seadil-adilnya.. Supaya tidak terjadi apa yang terjadi disana ..
No comments:
Post a Comment