Sunday, July 10, 2011

Pengorbanan Rakyat Untuk Malaysia Baru Lebih Bersih Dan Adil.















Dalam negara yang merdeka untuk memerdekakan sistem yang masih dijajah oleh Umno/BN
untuk megekalkan kuasa kuku besi mereka dengan rakus mengabaikan titah YDP Agung supaya berlaku adil kepada rakyat .
namum mereka seolah beraja dimata bersultan di hati .. Tidak mengambil kira apa yang di titah oleh YDP Agung baru-baru ini terhadap rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH...

Baru aku tahu yang takut itu pemerintah dan Perkasa , yang berani itu rakyat ,
rakyat boleh menggubah pemerintah tetapi pemerintah belum tentu boleh mengubah rakyat..
Pepatah melayu "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah" ternyata ketakutan parti pemerintah dalam kebangkitan rakyat . Sanggup menggunakan segala jentera kerajaan untuk berhadapan dengan rakyat . Kebangkitan ini satu permulaan bagi mereka yang angkuh dan tidak berperikemanusiaan dalam menentu tuntutan rakyat terhadap hak dan kebebasan yang ada dalam negara .
Kita mengharapkan polis menjaga rakyat dari kezaliman atau megamankan rakyat , tetapi disebaliknya malah lebih teruk apa yang kita harapkan... Ibarat " Harapkan Pagar , Pagar Makan Padi"




Sampai bila jentera kerajaan mahu duduk di bawah ketiak Umno/BN ...? Sentiasa mengikut telunjuk mereka . Tidak mampu untuk menegakkan keadilan untuk semua ...

Syabas rakyat, anda semua adalah penyelamat negara dari jatuhnya demokrasi

di tanah air kita ini ...

Berani untuk bersuara bukan seperti katak dibawah tempurung , langsung tidak mahu untuk keluar dari ketidakadilan ..


Ini adalah pertanda baik untuk Malaysia pada masa hadapan masih ada diantara rakyat yang sanggup bermandi darah untuk menegakkan keadilan dan berhadapan dengan kezaliman ........

No comments:

Post a Comment