Di sini juga nasihat dan pandangan dari rakyat untuk kalian yang memerintah pusat mahupun negeri , pemerintah mahupun pembangkang , berkenaan dengan apa yang dijalankan dan apa yang diberikan kepada rakyat sebenarnya adalah amanah yang sepatunya difahami dan tidak menjadi itu sebagai ganjaran atau pemberian dari peribadi .. ini hasil hak rakyat dan perlulah dikembalikan sebaik mungkin kepada rakyat dengan bijak sana dan adil .
Jangan terlalu berbangga dengan apa yang diberikan kepada rakyat umum .. dan jangan pula dipolitik kan hasil negara atau jangan terlalu berkira dengan hasil negara kerana ia adalah hak sekelian rakyat negara ini juga...
Yang penting berpolitik lah kamu dengan berhemah dan cuba bersaing dengan baik dan sehat sekiranya mahu menjadi politik sebagai kerjaya atau mahu mengekalkan kuasa dengan meraih sokongan rakyat dalam pemilihan raya...
Yang rakyat bimbangkan adalah penyelewengan dan pembaziran pemerintah tak kira pusat mahupun negeri ... Pastikan supaya tiada penyelewengan , pembaziran dan rasuah di dalam negara ini tidak semakin parah dan memarahkan lagi rakyat
Rakyat sudah bijak menilai yang mana baik dan yang mana tidak baik dalam pemerintahan kalian ... kita mahu lihat negara ini akan bersih dari orang-orang yang cuba mementingkan diri dan keluaraga dari kepentingan dan keutamaan rakyat .. saingan politik yang sehat bakal mengguntungkan rakyat semua dan ia akan menambah keharmonian di dalam negara .
Masing-masing tidak perlu mengambil kesempatan atas pemberian atau perlaksanaan pemerintah yang sudah menjadi tanggungjawab terhadap rakyatnya seolah-olah satu perjudian untuk mendapat untung politik semata-mata ..
Kita mahu idea atau bantuan yang menumpukan pada kesemua rakyat dalam negara tidak hanya pada dan ketika pilihan raya semata-mata agar bantuan dan pemberian tidak sekata atau tidak menyeluruh kepada pihak rakyat akan memberikesan yang tidak sehat dalam ketidak seragaman dalam memberi bantuan itu... Ada yang dapat dan ada yang tercicir dari bantuan sedemikian ...... Program untuk membantu rakyat tidak hanya kepada sesetengah pihak sahaja .. harus diperluaskan kepada keseluruhan rakyat itu yang perlu dipertimbangkan oleh pemerintah masakini baik Negeri mahupun pusat ... pada peringkat negeri haruslah sekata dan saksama untuk anak negeri tersebut... begitu juga pusat perlu diagihkan kepada kesemua rakyat malaysia .
No comments:
Post a Comment