Kenapa kerajaan hanya mahu kaji selidik motif Bersih ... Kenapa pulak tidak di kaji tuntutan bersih ... Sikap untuk menyalahkan bersih dari mencari apa yang perlu dilakukan untuk menenagkan hati rakyat dan tuntutan rakyat untuk melihat sistem pilihan raya berlaku dengan Bersih dan adil.
Ikuti laporan dari Bernama:
Kaji selidik untuk kenal pasti motif Bersih - RAIS
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti motif mereka yang menyertai perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata kaji selidik oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu melibatkan tiga perkara penting iaitu mengapa mereka hadir pada perhimpunan itu, imbuhan yang diterima dan perasaan mereka apabila tidak faham mengapa mereka menghadiri perhimpunan itu.
"Jadi ketiga-tiga soalan itu sedang kita ajukan tetapi tidaklah dapat disusul kepada semua, sekiranya dapat kita kumpulkan sekitar 2,000 sampel, maka ia akan memberi satu pola yang kita akan umumkan kemudian.
"Ini supaya kita jangan rugi dari segi perjuangan dan Gagasan 1Malaysia itu sebenarnya adalah sesuatu yang setiap individu harus menilai dan menerimanya kerana ia mempunyai tujuan murni untuk menyatu padukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program merakyatkan seni budaya anjuran Persatuan Penduduk Ampang Jaya di Kelab Darul Ehsan di sini, hari ini.
Rais berkata, kaji selidik itu penting kerana orang Melayu kini didapati mudah tertarik dengan isu-isu politik dan terikut-ikut untuk menyertai politik jalanan tanpa mengetahui masalah dan punca mereka melakukannya. - Bernama

No comments:
Post a Comment