Wednesday, July 13, 2011

Jahilnya Seorang Menteri..

Apa ke bodohnya mengatakan MP pakatan rakyat seperti "Lembu di cucuk hidung"
nampak sangat kejahilan mereka..

Dah matlamat bersih untuk menuntut hak rakyat supaya SPR menunaikan tuntuntan gabungan 62 NGO yang menyokong bersih untuk meneruskan usaha agar Pemerintah dan SPR akur pada hasrat dan cita-cita majoriti rakyat malaysia tak kira kaum dan agama. Dan ini juga matlamat bersama setiap warga negara yang ingin menjadikan politik sebagai bidang mereka turut bersama-sama menyatakan hasrat dan tujuan yang bakal menjadikan malaysia lebih adil dan telus dalam sistem pilihan raya malaysia .

Tak kira la sapa yang memberi idea itu kerana telah di teliti agenda dan tujuan bersih tersebut amat munasabah dan mencerminkan keperibadian yang baik dan memberi ruang yang telus dalam sistem SPR . Supaya tidak ada sesiapa yang bakal mampu untuk menipulasi badan suruhan jaya pilihan raya tersebut agar mendapat sistem yang adil , bersih dan telus. Disamping itu boleh memberi keyakinan rakyat dalam membuang undi ketika pilihan raya berlaku dengan tidak merasakan keraguan terhadap undian mereka.

Peribahasa ini amat sesuai dengan pemimpin ini "Ketuk dulang paku serpeh, Kutuk orang padahal mereka yang lebih "
Telah membuktikan apa yang mereka katakan sebenarnya terpalek kemuka mereka sendiri . Mereka langsung tak berani besuara walaupun sebenarnya mereka tidak menyukainya , Penyakit " Yes Boss" amat terselah dalam gerombolan mereka .
Oleh kerana ingin mengekalkan kedudukan amalan BODEK keterlaluan dilakukan sehingga tidak berfikiran seperti wakil rakyat yang majoriti .

Dia lupa bahawa apa yang MP pembangkang usulkan di dalam dewan yang mampu mereka iaitu MP BN bersama-sama menyokong usul tersebut sekiranya membawa tuntutan Bersih ke sidang parlimen ..? Cuba kita lihat kenyataan setelah dan sebelum bersih di laksanakan , mengkaitkan DS Anuar sebagai dalang bersih , juga mereka mengatakan isu tuntutan bersih adalah mainan politik.. dan banyak lagi kita telah dengar dari pemimpin-pemimpin gerombolan ini...

Setelah menerima tamparan hebat dari BERSIH baru ada suara yang mengajak usaha ini ke parlimen .. Ini pertanda usaha Bersih telah berjaya dimana mendapat respond dari pemerintah walau apa sahaja yang mereka berikan namun bersih berjaya membuka mata mereka dan menggerunkan mereka setelah sokongan yang terdapat terhadap kumpulan BERSIH ini terlalu memberangsangkan. Tahniah BERSIH..!!

No comments:

Post a Comment