Tuesday, July 12, 2011

Cerita Ku Di Kedai Kopi...

Ada haritu aku terasa lapaq dan teringin nak pekena mie goreng + Ais kacang lama dah tak pekena gabungan dua menu ni... dek kerana kesibukan yang di cipta hahahaha kerja la tu.. tak cipta tak makan la bro...
Sambil duk tunggu makanan sampai itu terlihat la surat khabar , biasa la kat kedai kopi ni surat khabar apa yang selalu ada pun salain Metro , kosmo apa lagi !! Utusan umno la....... atau lebih dikenali utusan meloyer kot.. Awat hampa tak baca ke..? Amboi alim sangat hayy...... hahahaha.


Agak ramai jugak lah kat kedai kopi tu sambil-sambil baca surat khabar tu , terdengar suara-suara tak puas hati dari abang-abang campur pakcik-pakcik kat kedai kopi tu..


Bunyinya macam ni laa...

1) Dulu kata kat Pak Lah, lani orang ramai kata duk suruh dia belah dalam Internet" tula jangan buat kat orang , nanti kena batang hidung sendiri..

2) cakap-cakap orang kampung , sembang-sembang di kedai kopi .. ada yang mengatakan sudah tiba Najib berundur sekiranya tidak mahu kekalahan lebih teruk terjadi kepada parti umno .. ini sembang-sembang orang kampung laa...

3)Ada yang mengatakan perdana menteri kali ini paling banyak kontrovesi daripada perdana menteri sebelumnya dan terdapat banyak sangat isu yang terjadi ketika dalam pemerintahan beliau ..

4) Dulu masa zaman Pak Lah ada juga perhimpunan Bersih tapi tak ada kematian . Sekarang ni bertambah teruk nampaknya..

5) Ada juga yang kata , alah diaorang yang cari pasal sapa suruh... lepastu disambut pulak kawannya , Diaorang bukan cari pasal , masaalahnya pasalnya datang dari SPR je.. bende kecil pun tak boleh selesaikan ... ikut jelah tuntutan bersih tu, tah payah lah depa buat pehimpunan .. bukannya teruk pun ..

Yang lainnya aku tak ambil kesah sangat sebab aku punya mie goreng dan AIS Kacang dah sampai apa lagi ... hahahahaha...

No comments:

Post a Comment