Tekanan demi tekanan yang terjadi sehingga menjual baju bersih pun seumpama menjual dadah akan di buru .
Namun mereka lupa yang rakyat ibarat spring lagi ditekan lagi tinggi ia akan melompat..
Apa yang ditakutkan sekiranya Bersih menganjurkan demonstrasi aman menuntut keadilan dalam pilihan raya akan datang dan seterusnya ,
Kita berpendapat ianya juga baik untuk Umno/BN ..
Sampai bila malaysia duduk dibawah kongkongan yang berat sebelah ..
Macam mana negara kita nak maju selagi ada sifat ketidakadilan dan ketamakan dalam system
pemerintahan dan tidak berani untuk terbuka dalam menentukan masa depan rakyat. Tekanan yang diberikan seolah menafikan hak rakyat yang ingin bersuara secara aman ..
6 pemimpin BERSIH dipanggil polis
BERSIH mendakwa enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat hari ini.
Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.
Menurut Maria (kanan), pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS semalam yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.
Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang ini.
Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir pada Isnin ini.
Dalam perkembangan terbaru, Ambiga memaklumkan bahawa perjumpaan dengan polis ditangguhkan.
"Setakat ini belum tahu tarikh baru," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment