Thursday, June 16, 2011

Perkasa Pertahan Utusan ..?

Apa dah jadi kepada Perkasa bertambah bercelaru dengan membela utusan yang telah salah ertikan hukum Hudud .

Perkasa sememangnya tidak layak untuk membela melayu, apa yang kita lihat pandangan golongan ini hanya mengiakan apa yang datang dari golongan yang mereka sokong walaupun ia menghina umat melayu yang beragama Islam itu sendiri....

Perkasa haruslah dibubarkan sekiranya pertubuhan berikut tidak mampu berkata benar walaupun pahit untuk ditelan.... Orang melayu tidak mungkin akan mempercayakan pertubuhan ini dengan hanya memehak kepada satu-satu parti sahaja bukanya bangsa dan agama Islam untuk keseluruhannya.

Kegagalan system pendidikan malaysia atas menerangkan kebenaran hukum Islam amat teserlah kebelakangan ini, pelbagai tapsiran sendiri oleh sesetengah pihak untuk memberi hujah bekenaan tentang hukum Hudud bakal mendatangkan salah faham dikalagan rakyat malaysia berhubung hukum Islam .

Ini perlu diingatkan kepada semua pihak tak kira parti politik atau orang awam biasa perlu berhati-hati untuk menterjemahkan erti hukum Islam yang sebenarnya ... Supaya tidak memberi peluang pada individu menapsirkan sesuatu kes mengikut sesukahati mereka hingga mengaibkan umat Islam keseluruhannya.....

Mereka seolah-olah membuka ruang kepada masyarakat lain yang bukan Islam akan menapsir sesuatu yang tidak tepat... Jangan terlalu mementingkan idealogi kepartian semata-mata hingga gagal memendung gejala salah penapsiran sesuatu kes yang membabitkan hukum Islam.

Kita amat kecewa kebelakangan ini masyarakat Islam telah di timpa dengan penyakit yang tiada sensitivity terhadap agamanya dengan isu yang berkait dengan fitnah, Jenayah dan sebagainya di kalangan umat Islam senhingga begitu mengaibkan kita semua.

berikutan laporan yang dikeluarkan oleh themalaysiainsider

Karikatur: Perkasa kata Utusan tak hina Islam, menteri dakwa hanya persepsi

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan karikatur disiarkan dalam Utusan Malaysia, akhbar milik Umno semalam hanya menyindir pihak-pihak yang tidak memahami keperluan rakaman video dalam kes zina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata bantahan berhubung kakikatur itu hanyalah persepsi individu yang tidak memahami undang-undang Islam.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Syed Hassan berkata beliau percaya karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan semalam bukan mahu menghina agama Islam, seperti yang didakwa beberapa pihak.
“Kartun itu hanya untuk menyindir pihak lain yang kononnya mahu rakaman video seks terutamanya dalam kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ini memerlukan empat orang saksi, mereka juga telah meminta supaya diadakan qazaf, empat orang saksi.
“Kartun ini bukan untuk menghina Islam, tapi untuk menyindir pihak lain, lagipun apa yang dilakarkan itu menggambarkan apa yang berlaku sekarang,” kata beliau merujuk kepada bantahan Pakatan Rakyat agar rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar tidak dijadikan sebagai bahan bukti.
Malah, Pakatan Rakyat juga mahu “Datuk T” yang dianggotai bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dikenakan hukuman qazaf kerana menuduh Anwar, Ketua Umum PKR tanpa empat orang saksi.
Bagi membuktikan kesahihan dakwaan itu, Shazryl telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan rakaman video seks itu adalah benar dan Anwar adalah pelakunya.
Semalam, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan mengecam penyiaran karikatur itu sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa.
Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.
Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.
Jelas Syed Hassan, sepatutnya PUM melihat lakaran itu secara terbuka dan bukan terus menyalahkan Utusan Malaysia.
Tegas beliau, PUM juga perlu menyokong agar rakaman video seks dijadikan bahan bukti dan meminta agar Anwar dihukum kerana melakukan zina.
“Jadi sepatutnya Persatuan Ulama Malaysia ini minta agar pihak yang melakukan seperti yang digambarkan dalam lakaran itu untuk menerima hakikat.
“Bukan mengecam kartun itu, kita tahu apa yang digambarkan itu berlaku dalam keadaan sekarang dan kita perlu lihat dalam konteks lebih luas, bukan terus menyalahkan Utusan Malaysia.
“Kita bukan mempertahankan Utusan Malaysia tapi Perkasa melihat kartun itu bukan berniat menghina Islam tapi sekadar sindiran kepada pihak lain, ia gambaran sebenar apa yang berlaku sekarang,” katanya.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai “Denmark Malaysia” kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.
Sementara itu, Jamil Khir berkata bantahan terhadap kakikatur itu adalah persepsi untuk individu yang tidak memahami undang-undang Islam.
Justeru beliau meminta agar pihak yang mengecam karikatur itu merujuk kepada peguam syarie.
“Itu (bantahan) persepsi sahaja, persepsi umum tentang orang yang tidak tahu undang-undang dengan orang yang tahu undang-undang.
“Ia sekadar persepsi, kalau anda mahukan kepastian boleh semak dengan peguam syariah, saya bukan pakar dalam hal ini. Tapi dalam undang-undang ada macam-macam cara untuk dijadikan bukti.”

No comments:

Post a Comment