1) Pasal ruang udara Negara yang di ceroboh oleh negara luar tak menjadi isu besar bagi pemerintah pun...?
2) Pasal Ugutan perang Jihad oleh pemimpin perkasa yang di wawarkan dalam media perdana
tak pulak menjadi satu kesalahan ..?
3) Dan ugutan bunuh dalam bentuk SMS yang diterima oleh pemimpin dan pengendali himpunan Bersih dan juga kepada KJ baru-baru ini tak di anggap sebagai satu ancaman kententeraman awam pulak ke..?
Semakin menikus nampaknya mereka ni .. berkali-kali cuba menafikan hak bersuara dan hak berhimpun di kalangan rakyat .. sampai bila kita nak jadi lembu yang sentiasa dicucuk hidung dan mengikut apa sahaja yang mereka lakukan walaupun bertentangan dengan nilai-nilai keadilan dan sampai bila tuntutan supaya system pilihan raya menjadi bersih dan adil untuk semua parti boleh di jalankan ...
System pilihan raya bersih itu perlu dilaksanakan untuk mengetahui kejujuran pemerintah dan pembangkang supaya tidak dilabel sebagai penipu dalam pilihan raya akan datang...
Apa yang perlu ditakutkan dengan tuntutan itu, Malah sepatutnya mereka iaitu pemerintah dan SPR perlu menambah baik dan menambah idea dalam system pilihan raya yang diadakan dalam Negara kita untuk memberi keyakinan kepada rakyat yang mana pilihan raya akan berlaku dengan bersih, Adil dan Aman untuk rakyat memilih atas dasar kebenaran ..
Pemerintah janganlah menambah kebencian rakyat terhadap agensi kerajaan seperti SPR, KDN, SPRM, POLIS, Dll... dengan mengarah agensi berikut untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki oleh parti pemerintah semata-mata sekiranya mereka terasa tertekan atas kurangnya sokongan terhadap mereka sedangan ianya tidak akan menjadikan kemenangan yang kekal lama sebagai satu pemerintah dalam negara yang merdeka ini..
Pendekatan parti pemerintah perlu diubah tidak hanya menekan semata-mata untuk terus kekal memerintah sedangkan rakyat ada yang membenci dengan cara tersebut sebagai Ditaktor
mengekalkan kuasa dengan paksaan dan mengunakan jentera kerajaan untuk kepentigan parti sendiri . Apa kesudahannya laungan yang cantik seperti "Rakyat Di Dahulukan , Pencapaian Di Utamakan " sedangkan realitinya tidak menampakan ujudnya sikap begitu dalam pemerintahan .. Cuba kita lihat pendekatan yang menekan rakyat yang digunakan oleh negara-negara yang mempunyai pemerintahan ditaktor , Apa dah jadi dengan negara tersebut pasti tidak akan kekal lama .. Tidakah ianya menjadi satu pengajaran buat pemerintah di malaysia yang menjalankan system demokrasi berpalimen ...
pandangan mbrm ...
8 lelaki pakai baju bertulis Bersih ditahan
KUALA LUMPUR 26 Jun — Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis “Bersih 2.0” dalam tulisan jawi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.
"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Amiruddin berkata, kesemua mereka kini masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.
Difahamkan kesemua mereka yang dipercayai penyokong parti pembangkang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira 11 pagi. - Bernama

No comments:
Post a Comment