Gabunggan ahli parlimen bebas mengatakan PAS menunggu kehancuran.. Hahahahaha
Paling lawak punya kenyataan dari MP bebas ni... Sepatunya mereka ni merayu pada Perdana Menteri Malaysia supaya lambatkan pembubaran parlimen . Sebab boleh dapat lagi elaun MP untuk penggal ni .. kalau PM bubar parliman dengan secara automatic elaun mereka terhenti..
Habis tu kalau pilihan raya berlaku agak-2nya mereka ni nak menjadi calon parti apa yerk..hahahaha .
Mungkin la kalau umno nak ambil depa ni sebagai calon dalam PRU13 nanti.
Atau mampukah mereka menjadi calon bebas ..
Mereka cuba memperkecilkan barisan pemimpin baru PAS . Namun rakyat sudah tahu apa motive mereka sebenarnya dan mengapa mereka sedaya upaya untuk menawan hati pemimpin Umno agar mereka terpilih menjadi sainggan untuk berentap di PRU13 berhadapa dengan Pakatan Rakyat ..
Pas menunggu kehancuran
PASIR MAS 11 Jun - Pas disifatkan sebagai sebuah parti yang sedang menunggu masa untuk hancur disebabkan pembawaan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mendapat sokongan padu daripada semua ulama serta golongan akar umbi.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Abdul Hadi kini telah terpengaruh dan terpaksa mengikut kehendak golongan 'Anwarinas' bagi memastikan Pas relevan dalam pembangkang biarpun menggadai dasar perjuangan parti itu untuk menubuhkan negara Islam.
Beliau berkata, gaya kepimpinan dan dasar perjuangan Abdul Hadi sebenarnya amat berbeza dengan golongan 'Anwarinas' yang hanya mahukan kuasa dan memperjuangkan idola mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
"Saya percaya yang membawa isu ini adalah pemimpin Pas tetapi di bawah (keadaan) kucar-kucir, pemimpin di peringkat bawah dan ahli berasa keliru, ini bermakna Anwar berjaya mempengaruhi pemimpin Pas tetapi tidak pada akar umbi.
"Bagi saya Pas satu parti yang sedang menunggu kehancuran. Dia boleh sorak menang tetapi kalau kampung tergadai apa gunanya, ini yang berlaku kepada Pas hari ini," katanya selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini malam tadi.
Ceramah Perdana itu disertai tiga Ahli Parlimen Bebas iaitu Zahrain, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin. Ia diadakan bagi memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden juga goyah kerana kumpulan tersebut sedang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan parti itu.
No comments:
Post a Comment