Friday, May 20, 2011

Umno Cakap Tak Serupa Bikin..

Mereka nak samakan kes Anwar dengan kes Dominique Strauss-Kahn , Tetapi mereka lupa dalam masa yang sama juga mereka tidak mengambil tindakan terhadap orang yang menyebar dan menayangkan video sex tersebut ..

Mana satu betul ni , kalau kena pada orang lain bukan main lagi mereka hentam . Kalau pada batang hidung depa semuanya halal, semuanya tak salah, semuanya benar belaka..

Layan Anwar seperti rakyat biasa..

KUALA LUMPUR 19 Mei - Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.

"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.

Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.

2 comments:

  1. sikap double standard umnoporno ni dah lama dah ada nya......selagi namanya umnoporno itu lah tabiatnya sebab JAHAT ITU UMNOPORNO...UMNOPORNO ITU JAHAT.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, Kita lawan mereka ni dengan habis-habisan .. untuk memajukan umat Islam di malaysia . untuk memerdekakan minda rakyat malaysia dari kongkongan pewaris penjajah ini....

    ReplyDelete