Monday, April 4, 2011

Klip video seks didedah ‘Datuk T’ muncul di YouTube...

Sekiranya kita mencari kesalahan , Kita akan jumpa kesalahan... Sekiranya kita ingin mencari kebenaran , Kita pasti akan menjumpai kebenaran..... Lalu apa kah tujuan kita  untuk mengetahui pekara itu .. Adalah lebih baik kita menghindarinya, Oleh kerana pekara ini amat membahayakan kita . Fitnah yang menjadikan manusia sanggup membuat apa saja .... Untuk membuktikan hujah mereka...Namum apa yang penting apakah tujuannya kalau tak lain kepentingan Politik yang berniat jahat.....   
 ....... Lebih baik layan ini.....

Berikutan laporan themalaysianinsider.com


Sedutan daripada klip rakaman video yang disebarkan menerusi YouTube dan blog-blog pro-Umno.
KUALA LUMPUR, 4 April – Klip video dua minit yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggan seorang pelacur asing kini dimuatkan dalam YouTube dan beberapa blog pro-Umno. Difahamkan klip itu disebarkan dalam dunia siber sejak semalam.
Klip itu yang panjangnya 107 saat menunjukkan dua lelaki dan seorang wanita berada di sebuah bilik sebelum aksi seks dengan pelacur berkenaan, didakwa dari China.
Rakaman asal yang dipertontonkan kepada media di hotel Carcosa Seri Negara dua minggu lalu dilaporkan panjangnya 21 minit.
Klip video hitam putih itu turut membawa jalur warna putih di bahagian bawah dengan tulisan Thail, yang tidak terdapat pada rakaman yang didedahkan kepada media sebelum ini.
Dalam pada itu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada “Datuk T” ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, mereka tidak mengedarkan rakaman itu kepada sesiapa kecuali kepada polis.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai ini,” kata beliau sambil menambah beliau perlu melihat dulu sebelum mengulas.
Anwar, Ketua Pembangkang, telah menafikan beliau sebagai lelaki dalam video itu dan mendakwa Umno sebagai dalang pendedahan.
Penglibatan bekas ketua Pemuda Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dalam pendedahan juga menyebabkan ramai beranggapan bahawa ia kerja Umno, tetapi parti teras BN itu mengambil langkah menjauhkan diri daripada dakwaan sedemikian.
Klip itu muncul di Internet dua hari selepas polis mengesahkan bahawa rakaman video itu adalah tulen.
Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pakar-pakar tempatan telah mengesahkan bahawa rakaman video seks yang didedahkan oleh “Datuk T” bukan sesuatu yang direka atau dipalsukan.
Ismail berkata ia adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes tersebut dan kertas siasatan akan diserah kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Pada 23 Mac lalu, Shazryl Eskay mengaku bahawa beliaulah yang mempertontonkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara.
Shazryl juga mendedahkan bahawa gelaran ‘‘Datuk T’’ merujuk kepada tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks itu, yang sebenarnya bermakna ‘‘trio’’ iaitu beliau sendiri,  Abdul Rahim dan Shuib.
Polis telah menubuhkan satu pasukan khas di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
Polis mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis oleh Anwar yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment