Terkejut beruk juga di buatnya , Mana daknya dok kata depa tak terlibat dalam isu video sex yang kononnya melibatkan pemimpin kanan pembangkang. Tetapi nama-nama di bawah ni bukan ke dari gorombolan depa... pelik-pelik, masih ada lagi ke orang pecaya cerita macam ni . Agak-agak laa apa motifnya .... pasti pasal politik kan , kalau orang tu tak banyak pengaruh politik rasanya ada ke timbul isu-isu macam ni.... pasti takkan ada kan ,
Laporan Kosmo Online 24 Mac 2011.
RAHIM dan Shazryl Eskay (duduk dua dari kanan) menjawab soalan pada sidang akhbar mengenai kontroversi video seks di Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil, Shuib Lazim.
Mereka turut mendedahkan bahawa individu ketiga yang terlibat dengan pendedahan video seks itu kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara di sini dua hari lepas ialah Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang tidak hadir pada sidang akhbar itu.
Shazryl menjelaskan, ‘Datuk T’ adalah ‘trio’ yang melibatkan mereka bertiga.
“Kami menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video itu untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang,” kata Shazryl.
Sidang akhbar itu dihadiri kira-kira 50 wakil media dari dalam dan luar negara dengan Rahim dan Eskay dikawal ketat beberapa lelaki yang dipercayai pengawal peribadi mereka.
Shazryl juga berkata, beliau bersedia mendedahkan segala-galanya kepada polis.


No comments:
Post a Comment