Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya cuba untuk membersihkan diri dari kerja buat beliau ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia terdahulu. Beliau cuba menonjolkan diri dalam memperjuakan hak asasi manusia dengan tindakan mengwawarkan yang beliau tidak terlibat dalam Operasi Lalang dengan menyalahkan Polis .
Umat islam jangan mudah lupa dengan sejarah silam, jangan Lupa apa yang Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah buat pada (SAR) Sekolah Agama Rakyat dalam negara yang tercinta ini yang mana meletakkan Agama Islam sebagai Agama rasmi negara yang patut di utamakan oleh pemerintah.
Namun disebaliknya mereka cuba menafikan hak bagi rakyat yang sepatutnya menjadi matlamat kepada pemerintah untuk berlaku adil dan menjadi tanggungjawab pada setiap pemerintah yang perlu di perjuangkan .
Kami ingin tahu adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menafikanNya...?
Wayang yang dimainkan oleh sesetengah pemimpin negara selepas membuat kesalahan terdahulu tidak lagi boleh dipakai ketika ini oleh kerana rakyat negara ini sebenarnya tidak pernah sesekali lupa dengan apa yang telah terjadi kepada mereka dan apa yang menimpa mereka selama ini.......
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment