” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Thursday, February 3, 2011
Qardhawi Seru Rakyat Mesir Perkuat Barisan Penunjuk Perasaan di Medan Tahrir
Daha 03/02/2011: Ulama besar Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang juga ketua Asosiasi Ulama Islam Dunia meminta rakyat Mesir dari seluruh golongan menuju ke medan Tahrir untuk bergabung dan bersatu dengan penunjuk perasaan yang meminta presiden Mubarak mengundur diri.
Dalam pernyataan yang disiarkan oleh TV Aljazeera Qatar kemarin (2/2/2011) Qaradhawi menegaskan, "Saya mengikuti dan memantau penunjuk perasaan dengan penuh bangga, sebab mereka adalah pemuda yang memiliki jiwa bebas, keimanan dan moral. Di masa lalu mereka tidak pernah melakukan tindakan kejahatan. Mereka keluar memprotes melaungkan kecaman dan protes atas kezhaliman yang dilakukan rezim di Mesir selama bertahun-tahun."
Beliau menambah, "Namun kami menilai bahwa ada golongan pengacau yang menyerang penunjuk perasaan, mereka ingin menakuti rakyat mesir setelah mereka melepaskan diri dari tanggungjawab atas keamanan di Mesir."
"Haram bagi Anda wahai Mubarak membunuh rakyat , jika Anda pemimpin bertanggungjawab atas rakyat Anda, maka seharusnya menjaga mereka dan bukan membunuhnya. Haram bagi Anda meninggalkan rakyat kepada penjahat." Tegas Qaradhawi yang menyerukan pasukan Mesir menjaga rakyatnya.
Kepada penunjuk perasaan di medan Tahrir Qaradhawi menyampaikan pidatonya, "Tetaplah kalian di tempat kalian, kalian pilih hidup mulia atau mati syahid". Beliau juga menyerukan kepada para khatib dan imam membela para penujuk perasaan anti rezim Mubarak di Mesir. (bsyr)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment