Wednesday, February 23, 2011

Al-Qassam Usir Pasukan Israel Dari Wilayah Gaza Timur

 Gaza 23/2/11- Brigade Al-Qassam, sayap pejuang Hamas,  mengusir pasukan Israel dari wilayah yang mereka masuki di Timur komplek Zaitun dekat Dawara Malikah. 

Dalam komunikasi pejuang yang salinannya diterima sebagai sumber Infopalestin, Brigade menjelaskan bahawa para mujahid Al-Qassam mampu memusnahkan sebuah bulldozer Israel pada pukul 10 pagi di tempat yang dimasuki Israel. 

Brigade juga menyerang pasukan Israel dengan 3 buah roket pada pukul 11 : 20 yang membuat pasukan Israel berundur akibat serangan brigade. 

Brigade berjanji akan menghadapi semua bentuk serangan Israel, dan menegaskan bahawa mereka akan tetap konsisten berjihad dan melakukan perlawanan. (yub)

No comments:

Post a Comment