Thursday, January 20, 2011

Gerakan fitnah dan serangan PAPAGOMO pada Calon Pas pula.

Tak habis-habis si Papagomo dengan propagandaNya memfitnah PR dengan bertali arus tanpa henti-henti dengan strategi memburuk-burukkan PAS dan PR seolah-olah Umno & BN maksum bagi pandangan mata beliau . Yang terbaru PAS dituduh PLURALISMA. Dan cuba merendah-rendahkan peranan kaum Hawa.
Awas Fitnah Blogger papagomo.....

PAS tidak pernah larang wanita tanding pilihan raya


Normala Sudirman
KUALA LUMPUR, 20 Jan — PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata naib presidennya Datuk Mahfuz Omar hari ini. Kata Mahfuz, PAS sudah banyak kali meletakkan kepercayaan pada kaum wanita dengan menurunkan mereka dalam pilihan raya.
“Khadijah Sidek adalah calon wanita yang pertama, yang kami turunkan pada 1950-an,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Khadijah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 — pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.
Semalam, Dr Mahathir berkata tindakan PAS

meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang menunjukkan ia tidak berpegang pada janji.
“Dulu PAS kata wanita tak boleh diletakkan sebagai calon tetapi sekarang dia kata boleh pulak,” ujarnya.
PAS memutuskan untuk meletakkan seorang bekas guru, Normala Sudirman untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang.
Semalam BN mengumumkan Mohd Azhar Ibrahim sebagai calonnya.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, PAS adalah parti yang tidak boleh dipercayai dan tidak berpegang pada janji serta menggunakan Islam untuk kepentingan politik.
Katanya, kalau PAS melihat ada kepentingan kepada sesuatu perkara, mereka akan menggunakan Islam.
Di samping itu, tambah beliau, PAS juga sering menimbulkan kekeliruan dengan menafsir Islam mengikut cara lain yang akan memberi kelebihan kepada mereka.
Sepanjang 14 pilihan raya kecil sejak Mac 2008, ini kali pertama PAS meletakkan calon wanita.
Normala merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.

No comments:

Post a Comment