Thursday, January 6, 2011

Cinta sempadan

WANITA Thailand  menunggu pelanggan di hadapan sebuah rumah urut  di pekan  Hatyai.
WANITA Thailand menunggu pelanggan di hadapan sebuah rumah urut di pekan Hatyai.
 
Lelaki Malaysia bersekedudukan dengan wanita Thailand 
HATYAI (Selatan Thailand): Isu lelaki Malaysia mengahwini gadis Thailand bukan perkara baru. Namun tidak ramai tahu ada antara mereka sebenarnya hidup sebumbung dengan gadis negara berkenaan seolah-olah suami isteri semata-mata untuk seks, tanpa sebarang ikatan perkahwinan.

Percaya atau tidak, realitinya amalan sedemikian banyak dipraktikkan terutama di kalangan lelaki bujang yang menetap di beberapa negeri di utara Semenanjung, termasuk Kedah, Perlis dan Pulau Pinang dengan majoritinya terdiri daripada golongan eksekutif muda syarikat swasta dan kakitangan kerajaan atau ahli perniagaan.
Malah, ada juga di kalangan kumpulan itu yang dikatakan sudah berkeluarga, namun lebih gemar mencari kepuasan seks di Thailand.
Difahamkan, kumpulan ini majoriti hidup bujang di negeri utara Semenanjung kerana faktor kerja dan lebih cenderung mengambil kesempatan cuti hujung minggu ke Thailand, berbanding pulang ke kampung halaman untuk bertemu anak isteri atau keluarga.

Berdasarkan maklumat diterima, senario itu pada mulanya hanya sekadar suka-suka, namun selepas merasai nikmat belaian manja serta mainan cinta gadis Thai, kebanyakan mereka menjadi semakin ketagih, sehingga ada yang mula curi-curi memasang 'isteri' di negara jiran berkenaan.

Paling teruk, ada kalangan mereka semakin lama semakin hanyut sehingga mula melupakan tugas serta tanggungjawab kepada keluarga. Malah, wang gaji yang diterima setiap bulan juga tidak pernah mencukupi, semata-mata kerana memenuhi kehendak serta permintaan teman wanita di Thailand.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Malik Hussin, ketika ditanya mengenai senario itu tidak menolak kemungkinan wujudnya hubungan sedemikian antara lelaki Malaysia termasuk dari Perlis, dengan gadis Thai.
Senario sedemikian katanya, banyak dipengaruhi faktor kedudukan Perlis sendiri yang terletak bersebelahan Thailand, apatah lagi urusan keluar masuk sempadan juga begitu mudah iaitu dengan hanya menggunakan pas sempadan.

Namun, sehingga kini, beliau berkata, belum ada maklumat sahih diterima mengenai kegiatan rakyat Perlis yang mempunyai perempuan simpanan di Thailand. Bagaimanapun, itu tidak bermakna kes sedemikian tidak berlaku.

"Apa pun, kita yakin ada antara rakyat Perlis sendiri yang menyimpan wanita di Thailand. Cuma status mereka sama ada berkahwin secara sah atau tidak, itu tidak dapat dipastikan.

“Ramai rakyat Perlis diyakini mengambil wanita Thailand sebagai isteri nombor dua atau ketiga termasuklah secara rahsia untuk mengelak diketahui isteri pertama di Malaysia.

"Justeru, setiap dua minggu atau sebulan sekali, lelaki ini akan ke Thailand untuk bertemu isteri muda itu dan kemungkinan besar tindakan ini menimbulkan andaian kurang senang, bahawa mereka memiliki perempuan simpanan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kadar lelaki Perlis yang dilapor berkahwin dengan gadis Thailand sehingga kini dilihat masih amat rendah iaitu kurang 10 pasangan setahun.

Jumlah ini, katanya, jauh lebih rendah berbanding angka pasangan lelaki dan perempuan Malaysia yang memilih untuk berkahwin di Thailand terutamanya di wilayah selatan yang kebiasaannya mencecah sehingga ratusan pasangan setahun.

No comments:

Post a Comment