Friday, December 17, 2010

Pengikut ajaran Syiah ditahan

GOMBAK - Seramai 200 ahli pengikut fahaman Syiah yang sedang khusyuk mendengar ceramah sambil melaung-laungkan selawat, terkejut diserbu 80 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah premis rumah kedai tiga tingkat di Fasa 3, Seri Gombak, di sini, kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan lebih kurang jam 10,15 malam, kesemua pengikut yang berbaju hitam berkumpul di hadapan ruang utama Pusat Hauzah Ar-Ridha Syiah, Fasa 3 dengan pembahagian tempat lelaki di hadapan dan wanita di belakang.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah melakukan pengintipan selama dua tahun mengenai ajaran sesat itu termasuk mengumpulkan bukti-bukti yang kukuh sebelum melakukan operasi ketika pengikut itu sedang meraikan malam 10 Muharam.

Menurutnya, sambutan 10 Muharam merupakan salah satu pengisian fahaman Syiah yang mana jika di negara Iran mereka akan menyeksa tubuh sehingga berdarah sebagai cara untuk menyucikan diri dan hari memperingati Saidina Ali.

ANGGOTA JAIS cuba menenangkan seorang pemuda yang bertindak agresif ketika serbuan ke atas sebuah premis yang dijadikan markas ajaran sesat di Taman Sri Gombak, semalam.
ANGGOTA JAIS cuba menenangkan seorang pemuda yang bertindak agresif ketika serbuan ke atas sebuah premis yang dijadikan markas ajaran sesat di Taman Sri Gombak, semalam.

Mohammed Khusrin berkata, melalui maklumat yang diperoleh, pengikut-pengikut Syiah terdiri daripada golongan profesional termasuk pensyarah-pensyarah Institusi Pengajian Tinggi dan kakitangan kerajaan berdasarkan van kerajaan yang terdapat di hadapan pusat itu yang dipercayai digunakan oleh salah seorang pengikut itu.

“Dalam operasi yang dijalankan, terdapat di kalangan mereka yang terdiri daripada warga asing yang turut serta dan mereka akan turut didakwa di mahkamah kerana melanggar fatwa yang dikeluarkan Jais.

“Ini merupakan tangkapan terbesar Jais dengan jumlah yang ramai, hasil bantuan polis dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS),” katanya.

Menurutnya, fahaman dan ajaran Syiah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah termasuk mempunyai beberapa percanggahan dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan sebagainya,

Menurutnya, menghalalkan dan mengamalkan nikah Mut’aah serta mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan antara faktor yang menjadi tarikan kepada pengikut-pengikutnya untuk menyertai ajaran sesat itu.

Katanya, selain itu terdapat sumber yang mana golongan pensyarah terbabit turut menyebarkan dan mengembangkan fahaman itu di kalangan pelajar.

“Kita lihat matlamat seks seperti kahwin kontrak (nikah Mut'aah) yang menjadi tarikan kepada pengikut, termasuk solat jamak yang memudahkan mereka biarpun bukan dalam keadaan darurat ataupun lebih daripada 90 marhalah.

“Tidak dinafikan memang ada pensyarah yang terlibat mengembangkan ajaran ini kepada pelajar mereka dan Gombak dilihat sebagai pusat utama bagi fahaman Syiah selain di Hulu Langat dan Serdang serta kumpulan ini bergerak secara senyap,” katanya.
Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment