Friday, December 31, 2010

Majikan enggan bayar cuti umum perlu dilapor

KUALA LUMPUR : Pekerja yang tidak dibenarkan bercuti atau tidak dibayar dengan kadar upah cuti umum hari ini oleh majikannya boleh melaporkan perkara berkenaan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk siasatan dan tindakan lanjut.





Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perkara berkenaan adalah hak pekerja sepenuhnya kerana pihak majikan meminta mereka untuk melaksanakan tugas pada hari cuti umum.

“Jika mereka (majikan) memerlukan pekerja mereka bekerja, kena bayarlah. Itu adalah hak pekerja untuk mendapatkan bayaran hari cuti kerana sudah diumumkan sebagai cuti umum,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menyaksikan percubaan dua kanak-kanak mencipta rekod Malaysia Book Of Records, di Ibu Pejabat MIC di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment