PETALING JAYA 12 Dis - Pendedahan Wikileaks bahawa fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu rekayasa Polis Cawangan Khas Malaysia tidak boleh dipandang enteng dan mengesahkan kenyataan bahawa ianya adalah satu konspirasi peringkat tertinggi. Menurut Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya hari ini, lebih memeranjatkan menurut pendedahan Wikileaks, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu sengaja serta dengan bersahaja mengiyakan fitnah tersebut kepada agensi perisikan Australia; Office of National Assessment (ONA). "Penglibatan Cawangan Khas Malaysia dan agensi perisikan Singapura bersekongkol memfitnah Anwar menguatkan curiga rakyat tentang sebab sebenar kerjasama ini. Apatah lagi Ahli-Ahli Parlimen Australia seperti ramai lagi anggota masyarakat antarabangsa telah mempersoalkan kebebasan pendakwaan terhadap Anwar. "Harus diingat Wikileaks mendedahkan maklumat pihak ketiga yang dikutip oleh pihak perisikan Australia dan disampaikan kepada pihak Jabatan Negara Amerika Syarikat. Pelbagai jenis maklumat termasuk pandangan peribadi dan khabar angin dikutip menerusi kabel-kabel diplomatik ini. "Saya berharap risikan teknikal yang disebut dalam Wikileaks dapat didedahkan pada umum memandangkan itu yang disebut menjadi sandaran pihak perisikan Singapura dalam membuat kesimpulan mereka," kata Nik Nazmi. Beliau berkata jelas, pendakwaan kali kedua terhadap Anwar mengekalkan corak yang sama dengan pendakwaan pertama dahulu: ketempangan proses perbicaraan serta kenyataan pakar perubatan yang lemah di pihak pendakwa, membuktikan bahawa tuduhan ini merupakan konspirasi pihak tertinggi. Sumber Suara Keadilan |
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Tuesday, December 14, 2010
KEADILAN Gesa Wikileaks Dedah Kandungan Risikan Teknikal Kes Fitnah II
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment