Wednesday, December 15, 2010

Isu WikiLeaks: 2 wakil pembangkang digantung dari Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen pembangkang, Azmin Ali dan R Sivarasa digantung dari Dewan Rakyat pagi tadi kerana mengingkari arahan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sivarasa (PKR-Subang) yang digantung sehingga esok sebelum itu mendesak Speaker menjelaskan kenapa usul pendedahan WikiLeaks mengenai Malaysia yang dikemukakannya ditolak untuk diperbahaskan pada akir sesi soalan sebentar tadi.
Azmin (PKR-Gombak) yang bangun dan mempersoalkan penggantungan Sivarasa kemudian diarahkan Speaker meninggalkan dewan dan hanya digantung sehingga 2.30 petang ini apabila sesi perbahasan dibuka.

MP PKR Sivarasa dibuang Parlimen hingga esok


Pemimpin PKR dikenakan hukuman buang Parlimen satu hari ekoran tindakannya mempersoalkan kuasa dan keputusan Speaker menolak usul berkaitan WikiLeaks di Dewan Rakyat, hari ini. R. Sivarasa, Ahli Parlimen Subang, membentangkan satu usul menggesa Dewan Rakyat mengenakan tekanan ke atas Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) agar mendedahkan kesemua kabel diplomatik membabitkan Malaysia ekoran pendedahan laman web WikiLeaks.
Langkah itu menyebabkan hujah antara Sivarasa dan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sekali gus membawa kepada tindakan mengeluarkan Sivarasa dari Dewan Rakyat sehingga esok.
Esok merupakan hari terakhir Dewan Rakyat bersidang.

No comments:

Post a Comment