Walaupun sebelum ini mesyuarat agung tahunan (MATC) beberapa cabang PKR di Selangor diselubungi kekecohan, tetapi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) hari ini berlangsung sebaliknya. Malah suasananya seperti majlis jamuan. Di cabang Subang, anggotanya dihidangkan bihun goreng, jus anggur dan jus oren sebelum menunaikan tanggungjawab masing-masing. Tinjauan Malaysiakini mendapati, ramai anggota daripada pelbagai kaum turut menikmati hidangan yang disediakan sehinggakan sebesen bihun habis licin. Kelihatan juga penyokong turut mengedarkan 'chai' kepada pengundi sewaktu mereka berbaris sebelum memasuki pusat pengundian berkenaan. Tinjauan Malaysiakini di cabang Petaling Jaya Selatan pula mendapati, sebanyak 30 meja disediakan bagi membolehkan anggota memangkah calon pada kertas undi yang diawasi oleh kira-kira 10 pengawas. Manakala pintu masuk menuju ke pusat berkenaan dikawal kira-kira lima pengawal khas yang dikenali sebagai 'Skuad Khas PJS' Kelihatan juga penyokong dari kumpulan masing-masing mengedarkan 'chai' berkempen diberikan kepada pengundi sebelum memasuki pusat pengundian. Pelbagai poster dan kain rentang dari kumpulan 'Sinar Harapan Baru' dan 'Team Mantap' di pasang di sekitar kawasan berkenaan. Ibu pejabat parti mengarahkan cabang berkenaan mengadakan pemilihan cabang serentak dengan pengundian MPP hari ini. | ||||
” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Sunday, November 14, 2010
Warni-warni pemilihan PKR di Selangor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment