Saturday, November 13, 2010

Undi Melayu perlu bagi mengambil alih kerajaan – Hadi

SHAH ALAM 13 Nov. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, Pas perlu berusaha meningkatkan sokongan orang Melayu jika ingin menguasai pemerintahan negara.
Beliau berkata, kekuatan politik di negara ini terletak di tangan orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO.
"Kita tidak boleh menang dengan undi kita sahaja. Kita perlu undi-undi yang bukan ahli juga, yang bukan penyokong kita pun termasuk orang UMNO,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Seminar Pas Ganti UMNO di sini hari ini.
Oleh itu, beliau berkata, ahli Pas perlu bersikap terbuka dengan berdakwah dan memujuk mereka yang bukan anggota untuk mereka menerima Pas mengambil alih pemerintahan negara. – Bernama

No comments:

Post a Comment