SERDANG: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah berbincang untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memerintah.
“Itu pandangan peribadi dan bukan keputusan PR. Saya difahamkan beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak buat kenyataan sebegitu.
“Media salah lapor. Apa yang dia (Anwar) sebut tidak ada dalam Perlembagaan menyatakan siapa akan jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat arena Rodeo Malaysia di tapak Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010 ) di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar sebelum ini bahawa Kit Siang akan diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Mengulas lanjut, Hadi berkata PR tidak pernah membuat perbincangan mengenai cadangan untuk melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Saya difahamkan Anwar memberi penerangan mengenai Perlembagaan dan perkara itu telah jelas” katanya.
Ketika ditanya sama PAS dijanjikan apa-apa jawatan sekiranya PR memerintah negara, Hadi berkata: "Tunggu sampai masa kita memerintah dahulu.”
Mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan parti tidak akan memperjuangkan ketuanan Melayu sebaliknya mereka akan memperjuangkan ketuanan rakyat, Hadi berkata PAS hanya akan memperjuangkan ‘Ketuanan Islam’ dan bukannya ketuanan bangsa.
“Kalau Melayu berperang kerana Islam. Melayu layak jadi tuan. Kalau Melayu tidak berpegang dengan ajaran Islam, orang Melayu juga tidak layak.
No comments:
Post a Comment