Dr Asri: PKR meradang, enggan terima hakikat Selepas saranan beliau supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' mengundang kritikan sebilangan pemimpin kanan PKR, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas sikap tidak berlapang dada pemimpin pembangkang.
Dr Mohd Asri berkata kenyataan beliau Isnin lalu itu menyebabkan terdapat pemimpin PKR yang "melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan".
"Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauh manakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'.
"Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," tulisannya dalam blognya pagi ini.
Dr Mohd Asri turut meminta pemimpin Pakatan yang tidak bersetuju dengannya merujuk kepada sebuah analisis berita yang mendakwa gabungan PAS, DAP dan PKR mula hilang momentum selepas kekalahan di DUN Galas dan Batu Sapi kelmarin.
asri ada hajat nak jadi pemimpin ke....sebab klu kita syor supaya pimpinan yg dah tua tu supaya bersara....tentu kita dah fikir ada org lain akan jadi penganti nya....atau asri yg berhajat nak jadi pemimpin agaknya....masok aje le politik....pembangkang ke....umnoupco ke.....suka hati le....kau kan banyak ilmu....sendiri ada cita rasa....
ReplyDeletemacam tu lah manusia, selagi mana ada kemahuan disitu juga mereka mencari kesempatan ... dunia sekarang susah kita nak cari orang yang betul-betul amanah , jujur, dan berjuang kerana Allah ...
ReplyDelete