” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Monday, November 8, 2010
Belanjawan kerajaan negeri Pulau Pinang yang perlu anda ketahui..
TEKS UCAPAN Y.A.B. KETUA MENTERI PULAU PINANG
BAJET NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2011
Bagi belanjawan 2011 kerajaan negeri pulau pinang memperuntukan sebanyak RM63.21 juta untuk Hal Ehwal Agam Islam .
Selaras dengan Islam sebagai agama rasmi, Kerajaan Negeri
terus berusaha untuk memartabatkan masyarakat beragama Islam di
Negeri Pulau Pinang. Bagi tahun 2011 di samping program
pembangunan agama Islam yang seimbang dari segi kerohanian dan
fizikal, Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak
RM20 juta untuk pengambilan balik tanah bagi pembesaran tapak
perkuburan Islam berhampiran Masjid Jelutong. Terdapat 3 jabatan
di negeri ini yang berkaitan dengan hal ehwal Islam dan peruntukan
yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk tahun 2011 bagi ketigatiga
jabatan adalah seperti berikut:
i. Jabatan Hal Ehwal Agama berjumlah RM24.76 juta mencakupi
pembangunan RM7.05 juta, mengurus RM13.38 juta dan
sebagainya RM4.33 juta (elaun pegawai masjid dan guru kelas
KAFA, pemberian para Huffaz, sumbangan Ehya’ Ramadhan,
kerja-kerja pembaikan Masjid Negeri dan program-program
sambutan kebesaran Islam);
ii. Jabatan Mufti sebanyak RM1.95 juta untuk perbelanjaan
mengurus; dan
iii. Jabatan Kehakiman Syariah berjumlah RM16.5 juta melibatkan
perbelanjaan mengurus RM4.6 juta dan pembangunan RM11.9
juta.
Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Agama telah menyenaraikan
pelaksanaan beberapa dasar antaranya ialah melahirkan generasi Al-
Quran, memperkasakan institusi masjid dan surau, memantapkan
pendidikan Islam dan memperkasakan dakwah Islamiah. Antara
program-program ilmu yang telah dijalankan adalah seperti
menubuhkan Majlis Musyawarah, menubuhkan Jawatankuasa
Penyebaran Pendidikan Islam, memperkemaskan kaedah pelantikan
ahli jawatankuasa masjid dan surau, mewujudkan jawatankuasa bagi
memantau, merancang dan memelihara Sekolah Agama Rakyat dan
para Huffaz serta memperjelaskan isu-isu semasa kepada umat
Islam dengan tepat dan berkesan.
Dalam melahirkan generasi Al-Quran, Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melancarkan bulan Al-Quran
pada 15 Jun 2010 di Masjid Negeri Pulau Pinang. Program ini
bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan dalam
memantapkan ilmu Al-Quran kepada golongan masyarakat. Bulan Al-
Quran dilancarkan selama 3 bulan bagi bulan Islam iaitu Rejab,
Syaaban dan Ramadhan. Pelaksanaan program ini buat julung
kalinya pada tahun 2010 dan telah mendapat sambutan yang amat
memberansangkan dan ianya akan diteruskan lagi dalam tahun
2011.
Peruntukan untuk tujuan hal ehwal agama Islam sebanyak
RM63.21 juta disediakan bagi tahun 2011.
Tesk penuh sila click sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment