Friday, October 22, 2010

TV3 didenda RM50,000 kerana iklan Sinari Lebaran

KUALA LUMPUR, 21 Okt: TV3 telah didenda sebanyak RM50,000 iaitu denda maksimum selepas didapati bersalah menyiarkan iklan Sinari Lebaran yang didapati menghina Islam.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  Datuk Joseph Salang Gandum dalam sesi soal jawab di Parlimen pagi ini berkata, pihaknya telah selesai membuat penyiasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia ekoran bantahan terhadap iklan itu.
Ia disiasat di bawah Seksyen 206(3) akta AKM dan telah memutuskan mengenakan hukuman maksima iaitu RM50,000 atas kesalahan itu.
TV3 telah menyiarkan iklan Sinari Lembaran beberapa hari menjelang hari raya yang lalu. Namun selepas menerima bantahan  dari pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS, iklan yang memakan belanja RM200,000 itu ditarik balik oleh TV3.
Iklan itu cuba membayangkan hari raya menjadi 1Raya sebagaimana 1Malaysia yang menggabungkan unsur Kristian dan Hindu serta Buddha dalam iklan itu.

No comments:

Post a Comment