” Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan akan kebenaran, dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap satu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil, hendaklah kamu berlaku adil ( kepada sesiapa jua ) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengatahui dengan mendalam apa yang kamu lakukan “ Al-Maidah:8
Friday, October 29, 2010
Russia, Vatican rayu hukuman mati Tareq
MOSCOW: Russia menggesa Iraq tidak menjalankan hukuman mati terhadap bekas Menteri Luar Iraq, Tareq Aziz, 74 tahun atas dasar kemanusiaan.
“Dari pandangan asas kemanusiaan, jelas sekali keadaan beliau memerlukan belas kasihan,” kata Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan sambil menambah bahawa Aziz yang dilahirkan pada 1936 mengalami masalah kesihatan dan sudah tua.
Russia menentang keras serangan tentera Barat diketuai Amerika Syarikat terhadap Iraq pada 2003.
Vatican turut menyuarakan rayuan yang sama supaya hukuman yang diluluskan tribunal tertinggi Iraq terhadap Aziz yang pernah berkhidmat dalam kerajaan Saddam Hussein, tidak dijalankan.
Aziz berusia 74 tahun adalah menteri tunggal Saddam beragama Kristian. Beliau dikenakan hukuman gantung sampai mati Selasa lalu kerana menindas parti Syiah.
Jurucakap Vatican, Rev Federico Lombardi juga menggesa hukuman itu tidak diteruskan kerana ia akan lebih menggalakkan penyatuan semula dan membina keamanan di Iraq. – Reuters/AP
No comments:
Post a Comment