Friday, October 22, 2010

Presiden Venezuela berjanji sokong Iran


TEHERAN - Presiden Venezuela, Hugo Chavez bersumpah untuk menyokong Iran dalam apa jua keadaan berikutan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memuji Caracas memperjuangkan sekatan dikenakan ke atas republik Islam.

Chavez menyatakan Venezuela berjanji akan sentiasa menyokong Iran dalam apa jua keadaan semasa lawatan beliau ke negara itu, baru-baru ini.

Menurutnya, kerjasama antara dua negara ini dianggap sebagai satu perkara suci dan beliau turut mengajak negara bebas daripada dijajah yang lain untuk turut sama bekerjasama menentang imperialis.

Sebelum ini, Chavez dikatakan cuba menggunakan kuasa antarabangsanya untuk berbalah dengan musuh ketat Iran, Amerika Syarikat (AS) secara terbuka.

Kunjungan Chavez ke Iran adalah sebahagian daripada lawatan antarabangsa beliau untuk mengukuhkan hubungan ekonomi negaranya dengan negara timur Eropah dan Timur Tengah.

Hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi kukuh sejak Ahmadinejab dilantik menjadi Presiden Iran, terutamanya selepas Presiden Venezuela itu menyokong projek nuklear diteruskan di Teheran.

No comments:

Post a Comment