Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia: Kelantan 2 - 1 Negeri Sembilan

KELANTAN 2 - 1 NEGERI SEMBILAN Para pemain dan pegawai pasukan Kelantan meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan pasukan Negeri Sembilan, 2-1 pada pertandingan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam. - Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN 

KUALA LUMPUR: Kelantan menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan Negeri Sembilan dengan keputusan 2 - 1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam.
Gol Kelantan dijaringkan oleh pemain tengah, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-57 dan Mohd Badhri Radzi, 65'.
Manakala penyerang Negeri Sembilan, Shahrulain Abu Samah menjaringkan gol tunggal pasukannya seawal minit ke-13.
Perlawanan akhir tersebut diadili oleh Subkhiddin Mohd Salleh.
Pasukan:
NEGERI SEMBILAN: Sani Anuar Kamsani, Mohd Alif Samsudin, Muhd Shukor Adan,Aidil Zafuan Abdul Radzak, (Mohd Asyraf Mohd Al Japri), Tengku QayyumUbaidillah Tengku Ahmad, Qhairil Anwar Roslani, (Mohd Shaffik Abdul Rahman)Ching Hong Aik, Abdul Halim Zainal, S. Kunanlan, Idris Abd Karim, Shahurain AbuSamah.
KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, (Akmal Rizal AhmadRakhli), Mohd Farisham Ismail, Rizal Fahmi Abdul Rosid, Zairol Fitree Ishak,Mohd Shakir Shaari, (Khairan Eroza Razali), Mohd Badhri Mohd Radzi, MohdNorfarhan Muhammad, Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, (S. Chanturu)Hairuddin Omar.

No comments:

Post a Comment