Sunday, October 17, 2010

Menara 100 Tingkat Simbol Ego, Pembaziran Najib

SHAH ALAM 17 Okt - Cadangan pembinaan Menara warisan setinggi 100 tingkat yang terkandung dalam Belanjawan 2011 yang dibentang Perdana Menteri membuktikan ketiadaan perancangan bandar yang akan memudaratkan kesesakan kenderaan di Kuala Lumpur yang bakal melumpuhkan seluruh aliran trafik di ibu negara.
Menurut Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Menara Warisan hanyalah simbol egoisme Najib tanpa mempedulikan keperluan jangka panjang pembangunan bandar yang mampan.

"Saya harap Najib tidak terpengaruh dengan jenaka kebudak-budakan Menteri Pelancongan, Dr Ng Yen Yen yang menyatakan disebabkan semua pihak berlumba-lumba mahukan menara paling tinggi, malah Shanghai dan Taiwan pun ikut serta, maka tidak salah kita pun turut ikut langkah yang sama.

"Kedua, Najib gagal menjustifikasikan bangunan 100 tingkat yang berharga RM5 bilion ini mampu membantu Malaysia mencapai ekonomi berpendapatan tinggi seperti dilaungkan dalan Program Transformasi Ekonomi. Jumlah RM5 bilion ini lebih baik dibelanjakan untuk meningkat mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang sudah tentunya memanfaatkan golonga rakyat berpendapatan rendah," tegas Teresa dalam kenyataan medianya semalam.

Teresa mendesak agar Perdana Menteri membatalkan terus impian membina menara tersebut dan tidak mengorbankan taraf kesihatan, keselamatan dan kehidupan penduduk Kuala Lumpur demi memuaskan ego beliau.
Sumber- Suara Keadilan

No comments:

Post a Comment