Tuesday, September 21, 2010

Hanya BN sahaja yang benarkan ahli yang bermasaalah bertanding jawatan dalam parti...

Jenapala dipecat dari PKR Feb 2009


PETALING JAYA, 20 Sept: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaklumkan bahawa Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PKR, bukan lagi ahli parti itu selepas dipecat pada Februari 2009.

Pemakluman itu dibuat Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution lewat petang tadi sekaligus menafikan dakwaan Jenapala yang mendakwa dirinya masih anggota PKR dan merupakan ahli PKR seumur hidup.

"Kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

"Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010," kata Saifuddin dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Sebelum ini Jenapala membuat satu sidang media mengumumkan kesediaannya menawarkan diri bertanding kerusi panas iaitu calon Timbalan Presiden PKR.

Terbaru, beliau sekali lagi mengadakan sidang media hari ini mengkritik jawatankuasa Pemilihan PKR setelah borang pencalonan beliau ditolak.

Ekoran statusnya bukan lagi anggota PKR, Saifuddin berkata Jenapala tidak boleh menawarkan diri untuk apa-apa jawatan dalam PKR.

Selain itu, tindakan mengkritik jawatankuasa pemilih PKR 2010 juga jelas Saifuddin hanya akan mempamerkan sikap sebenar Jenapala yang pernah mengkhinati perjuangan PKR.

"Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan," katanya.


Penipuan pemimpin PKR didedah

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden berikrar untuk mengadakan sidang akhbar setiap minggu bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan pihak tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.

P. S. Jenapala mendakwa, penipuan itu terbukti apabila dua cabang iaitu Batu Gajah dan Bruas di Perak yang mencalonkannya untuk bertanding jawatan nombor dua tertinggi parti itu telah diarah menarik balik pencalonan kerana beliau dikatakan bukan calon pilihan pihak tertentu.

“Saya akan mengadakan sidang akhbar setiap Isnin sehingga pemilihan selesai pada November ini bagi mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PKR.

“Mereka sebelum ini hanya pandai menuduh Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penipuan ketika pilihan raya.

“Pihak terbabit sudah pasti akan bertindak balas sama ada secara fizikal atau mental untuk menghalang saya, tetapi saya tidak akan berhenti daripada berjuang selagi mana yang boleh,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Selain Jenapala, dua lagi individu yang menawar diri untuk bertanding jawatan itu ialah Naib Presiden, Azmin Ali dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Zaid Ibrahim.

No comments:

Post a Comment