Tuesday, September 28, 2010

Gagal kemuka laporan mesyuarat, kewangan tahunan Empat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)..??

Gagal kemuka laporan mesyuarat, kewangan tahunan KUALA TERENGGANU: Empat daripada lapan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Terengganu iaitu Besut, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), sekali gus membantutkan pemilihan cabang parti itu, Sabtu lalu. Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Terengganu, Abd Rahman Yusof, berkata empat cabang itu dibatalkan pendaftarannya berikutan gagal mengemukakan laporan mesyuarat dan kewangan tahunan kepada ROS selama dua tahun berturut-turut. Beliau berkata, empat lagi cabang PKR iaitu Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus sudah mengadakan Mesyuarat Agung serta pemilihan masing-masing pada Sabtu lalu.

“Kepemimpinan lama empat cabang ini gagal mengemukakan laporan mesyuarat dan penyata kewangan tahunan kepada ROS, yang termaktub sebagai antara syarat perlu dipatuhi dalam undang-undang ROS.

“Namun, kita akui ada juga cabang yang sudah menyerahkan laporan mesyuarat dan kewangan tahunan kepada kepemimpinan parti peringkat Pusat, mereka terlepas pandang dan tidak menghantar laporan berkenaan kepada ROS.

“Apapun, empat cabang ini sudah mengemukakan permohonan dan kini sedang dalam proses pendaftaran semula,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, pemilihan Cabang Kuala Nerus berdepan masalah teknikal apabila seorang calon bertanding jawatan Ketua Bahagian dibatalkan pencalonannya oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), selepas jawatankuasa berkenaan menerima aduan mengenai salah laku calon berkenaan yang didakwa mendaftarkan pengundi yang dicurigai status keahliannya.

Berikutan salah laku itu katanya, nama calon berkenaan, Muzafek Mohd dibatalkan untuk bertanding jawatan ketua bahagian itu menentang Abd Aziz Sidi Abd Latif dan membolehkan Abd Aziz Sidi menang tanpa bertanding.

No comments:

Post a Comment