Friday, August 13, 2010

Surat sokongan: Exco Ronnie Liu selamat, hanya diberi amaran

Jangan cakap tak serupa bikin.. rakyat sentiasa mengikuti perkembangan politik .
Jangan ibarat " katok dulang paku serpih kutuk orang padahal dia yang lebih "

Kalau dia tidak terlibat pun tetapi ada unsur cuai dan gagal memantau kakitanganNya...
Ini adalah satu ujian bagi PR berhadapan dengan ketulusan kepimpinan untuk mentakbir kerajaan .

Kemenangan terletak kepada kepercayaan rakyat terhadap apa yang dilakukan oleh pemerintah itu sendiri..
dimanakah kecekapan dan ketulusan itu ..

Tindakan tegas perlu untuk mencegah kronisme dan salahgunakuasa dalam pakatan rakyat jika mahu ke Putrajaya..

 2010 PETALING JAYA, 12 Ogos — Jawatankuasa disiplin DAP melepaskan Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu daripada tindakan tegas, sebaliknya hanya memberi amaran berhubung peranan beliau dalam isu surat sokongan politik.

Pengerusi jawatankuasa disiplin Tan Kok Wai berkata, Liu atas kapasitinya sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri seharusnya memikul tanggungjawab yang seimbang berhubung kontroversi itu, membabitkan bekas pembantunya Tee Boon Hock, yang turut telah dipecat sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang dan juga dari parti.

“Kami tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong dakwaan Tee terhadap Liu (gambar) tetapi jawatankuasa masih mempertanggungjawabkan Liu atas apa yang telah berlaku,” kata Tan pada sidang media di sini selepas mempengerusikan sesi pendengaran jawatankuasa disiplin petang ini.

Oleh itu kata beliau, jawatankuasa memberi amaran keras ke atas Liu kerana didapati telah gagal menguruskan pejabatnya mengikut standard harapan orang ramai.

Selain Liu, jawatankuasa itu juga mendengar keterangan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim petang ini.

Penjelasan Liu diambil selepas sesi pendengaran membabitkan Teng.

Tan menambah, jawatankuasa disiplin tidak akan mengesyorkan agar Liu dipecat ataupun digantung berhubung peranannya dalam kontroversi surat sokongan politik.

Dalam pada itu, kenyataan media dikeluarkan jawatankuasa disiplin berkata, Tee telah mengeluarkan surat sokongan bagi pihak syarikat anaknya meskipun Liu kemungkinan tidak menyedari perkara tersebut.

“Episod ini telah menjejaskan imej parti,” kata kenyataan itu lagi.

Malah jawatankuasa itu menekankan, pihaknya mahukan komitmen kukuh daripada Liu di mana beliau perlu fokus ke atas pengurusan pejabatnya secara lebih profesional.

“Dalam menjalankan tugas publik, pemimpin-pemimpin DAP harus sedar tentang harapan tinggi rakyat.

“Rakyat mahu melihat peralihan daripada budaya rasuah dan kronisme BN,” katanya.

Liu dihadapkan ke jawatankuasa disiplin berhubung isu pengeluaran surat sokongan menggunakan kepala surat miliknya.

Teng pula diarah member penjelasan terhadap kenyataan beliau yang berbunyi “OMG! Real culprit freed” yang dibuatnya di laman sosial Twitter, selepas jawatankuasa itu mengumumkan keputusannya untuk memecat Tee kerana didakwa mengeluarkan bebarapa surat sokongan menggunakan kepala surat Liu.

Tee dipecat kerana dikatakan menyalah guna kepala surat Liu bagi mendapatkan kontrak dari MPK buat kaum keluarga dan kroninya.

Liu membuat laporan polis pada 2 Ogos lepas, mendakwa berlaku perbuatan menyalah guna kepala suratnya bagi tujuan menyokong usaha mendapatkan projek, tanpa pengetahuannya.

Selain Tan, jawatankuasa disiplin DAP turut dianggotai oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P. Ramasamy yang juga naib pengerusi jawatankuasa itu, M. Kulasegaran, Lim Hock Seng dan Tai Sing Piau.

Mengenai Teng, Tan berkata ‘tweetnya’ telah memberi tanggapan salah kepada orang awam bahawa dia telah mencabar dan mempertikaikan keputusan jawatankuasa itu untuk memecat Tee.

”Tetapi dia (Tee) menjelaskan bahawa dia sebenarnya membuat tweet berbunyi ‘OMG! Real Culprit is Freed’ sebenarnya merujuk kepada filem Cina ‘14 Balades yang ditontonya.

Sementara itu, Liu, yang juga Ahli Parlimen Pandamaran, berkata beliau dengan rendah diri menerima keputusan jawatankuasa itu.

No comments:

Post a Comment