Monday, August 16, 2010

Mayat bayi dalam beg .

2010/08/16 PETALING JAYA: Gerak hati seorang lelaki untuk melihat satu beg pakaian yang terdampar di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara, membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan cukup sifat dalam keadaan masih bertali pusat, pagi semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, lelaki berkenaan, Badrul Abdul Rashid, 24, bersama empat rakannya sedang menjala ikan apabila dia ternampak satu beg pakaian berwarna hitam di tebing sungai.

Beliau berkata, dia dan rakannya berlegar-legar di kawasan tebing itu untuk mencari kawasan yang sesuai untuk menjala ikan dan langsung tidak mempedulikan beg berkenaan.

“Saya ingatkan ia hanya sampah-sarap yang dibuang, sebab itu saya tidak pedulikan beg hitam berkenaan, tetapi gerak hati kuat menyuruh saya membukanya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Menurutnya, rakan lain melarang dia berbuat demikian kerana takut beg itu mengandungi alatan pembomohan atau pemujaan, tetapi dia tetap berdegil untuk membukanya. “Umum mengetahui sekarang kejadian membuang bayi kerap dilaporkan, dan gerak hati saya mengatakan mungkin beg itu mengandungi mayat bayi. Telahan saya itu betul apabila sebaik membuka beg itu, saya ternampak kaki bayi yang cukup sifat.

“Saya kemudian ke pondok pengawal keselamatan untuk menghubungi polis,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan itu.

No comments:

Post a Comment