Sunday, August 29, 2010

Bukan Islam HARUS menutup aurat dan bagi orang Islam pula WAJIB menutup auratNya. Tolong habaq sama.

KUALA LUMPUR- Individu bukan Islam harus menjaga tatasusila seperti berpakaian sopan dan menutup aurat sebelum masuk ke rumah ibadat umat Islam bagi menghormati agama serta kesucian institusi itu.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, perkara berkaitan aurat dan adab harus diambil kira kerana setiap individu yang memasuki masjid atau surau harus berpakaian lengkap dan menutup aurat.

“Kes melibatkan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching baru-baru ini menyentuh kesalahan dari segi adab, tetapi dari segi hukum yang telah diputuskan, individu bukan Islam termasuk pelancong bukan Islam dibenarkan masuk atau melawat masjid serta ruang solat utama milik umat Islam.

“Pada asalnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-90 yang bersidang pada 1 Mac lalu telah memutuskan individu bukan Islam diharuskan memasuki masjid,” katanya ketika ditemui di Pejabat Agung Pas, di sini, semalam.

Salahuddin berkata, keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang dilaporkan akan mengenakan tindakan berhubung perkara itu turut dilihat sebagai melawan keputusan Majlis Fatwa.

“Apa yang Mais lakukan seolah-olah melawan keputusan yang telah diputuskan Majlis Fatwa di mana individu bukan Islam dibenarkan memasuki rumah ibadat agama Islam," katanya.

No comments:

Post a Comment