Saturday, June 12, 2010

Politik Perak Kembali Bergolak..??

Melihat perkembangan politik Perak dikhabarkan akan kembali bergolak sekiranya 3 ahli dewan undagan negeri (adun) BN perak tidak menyokong parti mereka kerana kecewa dengan sikap pemimpin Negeri itu yang bersikap mendahului 3 adun lompat  dari PKR dan DAP daripada ahli mereka yang senior .
berita selanjutnya sila click sini

Namun Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dengan mainan politik kotor dari pihak lawan, yang cuba melemahkan kekuatan pengaruh sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat .

Sekiranya ia benar-2 berlaku, Nampaknya wakil rakyat sekarang hanya memandang pada kepentingan sendiri dari kepentingan rakyat keseluruhanNya. Ia amat membimbangkan kita kerana seolah-olah menjadi trend kepada ahli politik yang mementingkan imbuhan yang mereka dapat bukan imbuhan yang apa rakyat akan dapat .
Rakyat kita perlu celik POLITIK dan tidak hanya menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh parti politik .

SepatutNya ahli politik perlu membuat kerja sebagai wakil kepada rakyat dikawasan mereka dengan jujur dan amanah dan bukan mencari kepentingan diri. Seharusnya mereka menyokong pekara yang baik untuk rakyat , bukan hanya menyokong pada parti mereka sendiri walaupun apa yang dirancangkan dan di laksanakan itu merugikan rakyat .

No comments:

Post a Comment