Friday, May 28, 2010

Talian hayat syarikat Judi di Malaysia hanya pada UMNO/BN..?

Syarikat judi di malaysia ini hanya bergantung kepada parti Umno untuk terus bertapak di negara ini.

Apakah Judi halal bagi Umno..? berikutan perkembanggan mutaakhir ini dalam isu JUDI . Cerita sana-sini berkenaan judi berkumandang..

Sedangkan Judi telah bermaharajalela di malaysia ini sejak sekian lama yang telah diluluskan pemerintah Umno/BN itu sendiri.

Tetapi dikalagan pengundi Islam yang menyokong dan mengundi Umno/BN masih tersenyum dan memperkatakan parti mereka pembela Agama , Bangsa dan Negara .


Mereka perlu sedar Judi ini telah diharamkan oleh Islam dan ianya amat memalukan kerana orang melayu yang beragama Islam itu sendiri yang meluluskan dan menyokong pekara tersebut.

Cukup memalukan sedangkan wakil rakyat dari bukan beragama Islam pun menentang pemerintah meluluskan lesen judi ini.

Dimanakah pertubuhan yang dikatakan membela Agama dan Bangsa (PERKASA) atau pun ianya hanya membela Umno/BN ketika diambang kejatuhan parti itu.

Adakah rakyat malaysia sekarang baru tahu tentang Umno/BN meluluskan lesen judi..?
Selama ni sapa yang luluskan lesen 4D , Sport toto , Pusat Perjudian di Genting Highlands..??



Firman Allah dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah, ayat 219 :

Maksudnya : “Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya"

No comments:

Post a Comment